AMIE'S LITTLE KITCHEN
Jalan-Jalan Cari Makan : Ocean Treasure Live Seafood Restaurant
Jika anda berada di pekan Semporna, anda tidak perlu bimbang untuk mencari tempat menjamu selera. Jika berkesempatan, cubalah berjalan-jalan di kawasan sekitar jeti di belakang tempat penginapan terapung, Dragon Inn. Pada sebelah malamnya, ketika kami datang ke kawasan ini, tempat duduk penuh sesak terutama di Ocean Treasure Live Seafood Restaurant., jadi kami putuskan untuk datang lagi pada keesokkan harinya untuk makan tengahari (restoran ini dibuka pada pukul 11.30 pagi hingga 10.30 malam).
Restoran Hidangan Laut ini terletak di Lot C1 Ground Floor, Semporna Seafront Township. Pada sebelah malamnya ketika kami lalu di situ...tiupan angin laut yang dingin sungguh menyegarkan! Apa boleh buat...nak duduk dan makan di situ, tempat dah penuh! Perut pun dah tak tahan lapar... cari sajalah tempat lain.
Anak-anak mula rasa lapar walaupun baru isi perut dengan bersarapan. Agaknya banyak berjalan di sekitar kot... jadi perut lapar semula! Tepat pukul 11.35 pagi kami sampai ke Ocean Treasure Live Seafood Restaurant. Ketika itu... semua meja di bahagian dalam restoran telah penuh, jadi kami duduk di bahagian luar menghadap laut... walaupun agak panas sedikit.
Anak-anak berbincang nak pesan jenis lauk yang digemari. Sudah tentulah tak mahu pesan sayur...
Fuad agak keletihan... katanya malam tadi terjaga pukul 2.30 pagi, dan tak dapat lelapkan matanya.
Sementara menunggu hidangan yang dipesan sampai, bolehlah tengok-tengok persekitaran. Bot-bot yang lalu lalang... air laut yang hijau jernih. Awan yang putih dan langit membiru. Di belakang sana, tempat penginapan Dragon Inn.
Untuk panduan bersama bagi menentukan bajet, sesiapa yang ingin berkunjung ke sini, Amie kongsikan menu dan harga yang ditawarkan. Untuk lauk-pauk kami pesan saiz sederhana. Amie paparkan dahulu harga untuk minuman seperti di bawah ini:
Orange Shake : RM 6.00
Lemon Ice : RM.3.00
Jus Nanas : RM 5.00
Banana Choco Shake : RM7.00
Kelapa Shake Ice Cream : RM 7.00
Siham Lada Kering (1 kg) : RM20.00
Udang Telur Masin (Saiz M) : RM32.00.
Ayam Asam Pedas (Saiz M) : RM32.00.
Sotong Garam Pedas (Saiz M) : RM32.00.
Sayur Manis Belacan (Saiz M) : RM15.00.
Nasi : RM 1.50 X 6 pinggan : RM9.00
Jumlah : RM168.00
Ikan kerapu di sini berharga RM78 untuk 1 kg. (RM7.80 sen untuk 100 gram). Lebih murah rasanya berbanding tempat lain di sini. Lobster dan sebagainya pun ada tapi tersangatlah tinggi RM...nya... mencecah RM28.00 untuk 100 gram. Ketam masih okey dengan harga RM30 untuk 1 kg. So.. dengan panduan ini, bolehlah sesekali bawa keluarga atau orang yang tersayang ke sini.
Selamat menjamu selera.
Bismillah....
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.