Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[ARAH KERTAS SIASATAN SPRM DITUTUP] AG Putuskan TIADA KESALAHAN JENAYAH oleh NAJIB mengenai RM2.6 bilion

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[ARAH KERTAS SIASATAN SPRM DITUTUP] AG Putuskan TIADA KESALAHAN JENAYAH oleh NAJIB mengenai RM2.6 bilion

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata, tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan mengendalikan kertas siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengarahkan supaya kertas siasatan tersebut ditutup serta tiada pendakwaan akan dibuat terhadap perdana menteri.
"Berdasarkan keseluruhan fakta dan keterangan, saya sebagai pendakwaraya berpuas hati bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan perdana menteri berkait ketiga-tiga kertas siasatan.
"Pada hari ini, kertas-kertas siasatan yang berkaitan akan dikembalikan kepada pihak SPRM dengan arahan supaya ketiga-tiga kertas siasatan ditutup," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini. - MK

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.