Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[ARAHAN NAJIB TERLALU LEWAT, BUMI SUDAH TERUK DIROGOL] PM arah kerja bersih kawasan terjejas bauksit HARI INI

CELAH GELEGAR
[ARAHAN NAJIB TERLALU LEWAT, BUMI SUDAH TERUK DIROGOL] PM arah kerja bersih kawasan terjejas bauksit HARI INI

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengarahkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjalankan kerja pembersihan di kawasan terjejas akibat perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang. 

Arahan itu dikeluarkan Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet hari ini, kata Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan. 

Katanya, Perdana Menteri menyedari keluhan dan aduan diterima daripada penduduk tempatan yang terjejas akibat aktiviti perlombongan bauksit. 

"Perdana Menteri mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) menyegerakan kerja pembersihan bagi memastikan kawasan terjejas pulih. 

"Seramai 21 anggota bomba dari empat balai dan tujuh jentera berkuasa besar terbabit dalam kerja pembersihan papan tanda, papan tunjuk arah, tiang lampu dan pencucian permukaan jalan terutama di jalan raya yang terjejas teruk, bermula esok. 

"Antara kawasan teruk terjejas adalah Jalan Kuantan-Pelabuhan, Jalan Bukit Goh, Jalan Bukit Kuantan, Jalan Sungai Lembing, Jalan Kuantan Bypass, Jalan Gebeng Bypass, Jalan Jerangau Jabor dan Jalan Bukit Sagu-Cherul," katanya dalam satu kenyataan, petang ini. 

Abdul Rahman berkata, Alam Flora selaku syarikat konsesi bagi kerja pembersihan sisa pepejal, turut terbabit dengan kekuatan 14 jentera (road sweeper, open tipper, catch basin vacall) membabitkan 40 kakitangannya. 

"Kerja pembersihan dijangka selesai dalam masa sebulan dari tarikh pelaksanaan dan agensi lain akan turut terbabit bagi mempercepatkan kerja pembersihan," katanya. - BH





0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.