SEMUT HITAM
FOZIAH DAKWA PENGUNDI KUANTAN BERDOSA BESAR!!!
Wah!!! Bukan main lagi Si Foziah ni keluarkan hukum ye tak. Dah mengalahkan Ostazah Jadian pulak Si Foziah ni rupanya. Sesuka hati dia je nak menghukum orang secara membabi buta.
Yang herannya, kenapa baru sekarang Si Foziah tu nak menyalak sedemikian rupa sedangkan isu mengenai perlombongan Bauksit ni dah lama dibangkitkan? Kenapa selama ini dia diam?
Dalam kenyataan yang dibuat sebelum ini, Si Foziah tu menganggap pihak yang membenarkan perlombongan bauksit ini berleluasa sebagai golongan yang melakukan "Dosa Besar".
“Sesiapa yang membenarkan risiko ini berlaku adalah golongan berdosa besar. Mereka ini ibarat merompak, lanun dan merosakkan kehidupan penduduk sekitar,” katanya di Ibu Pejabat PKR di sini, semalam.Hebatkan? Senang je dia nak melabelkan orang sedemikian rupa. Tapi, Si Foziah tu lupa ke dengan pendedahan yang dibuat sejak dua menjak ni? ATAU, dia sengaja je buat - buat tak tau?
Bukan ke sebelum ini ada pihak yang membuat pendedahan mengatakan bahawa wujudnya pemilik tanah persendirian yang memajak tanah mereka kepada pihak pengusaha yang Haram?
Persoalannya, adakah pemilik tanah persendirian ini juga berdosa besar kerana mengorek tanah mereka sendiri? Kalau nak dianggap berdosa besar, pemilik tanah persendirian ni pun boleh dilabelkan sedemikian.
Dan ada juga dikalangan pemilik tanah persendirian yang memajak tanah milik mereka itu terdiri dari kalangan penyokong Pakatan Haprak tu sendiri. Adakah mereka juga berdosa besar?
Bagaimana pula dengan pendedahan yang dibuat mengenai wakil rakyat pembangkang yang didakwa turut terbabit menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk bawak bahan hasil bauksit ni?
Adakah dia juga berdosa besar seperti mana yang didakwa oleh Si Foziah tu? ATAU, adakah disebabkan dia wakil rakyat dikalangan Pakatan, maka dosa dia tu terkecuali dari orang lain?
Dan apa yang lebih memeranjatkan ialah sikap berdiam diri yang dibuat oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota mengenai isu perlombongan Bauksit ni. Kenapa dia diam? Kenapa dia tak bersuara?
Adakah dia juga turut melakukan Dosa Besar seperti mana yang dinyatakan oleh Si Foziah tu? ATAU, adakah dia juga terkecuali dari sebarang dosa kerana dia merupakan pemimpin dikalangan Pakatan?
IRONIKnya, jika Si Foziah tu dakwa mereka yang membenarkan perlombongan Bauksit ni berdosa besar, kenapa dia sebelum ini hanya sekadar mendesak pihak Kerajaan supaya 'Menggantung Lesen' sahaja? Kenapa dia tak desak supaya pihak Kerajaan tutup terus!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.