Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[BIKIN KECOH] Unit Pemusnah BOM dipanggil Periksa Dua beg ditinggalkan pelancong Korea di Pavilion KL hari ini

CELAH GELEGAR
[BIKIN KECOH] Unit Pemusnah BOM dipanggil Periksa Dua beg ditinggalkan pelancong Korea di Pavilion KL hari ini

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Unit pemusnah bom dikejarkan ke Pavillion Kuala Lumpur apabila dua beg galas yang ditinggalkan di bawah kerusi di pusat membeli belah terbabit menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan bom.

Bagaimanapun, polis mengesahkan dua beg galas tersebut ditinggalkan oleh dua pelancong warga Korea yang mahu membeli belah di Pavillion Kuala Lumpur dan ia hanya dipenuhi dengan baju.


Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah, kedua-dua pelancong wanita itu meninggalkan beg galas mereka di bahagian tengah di aras dua pusat membeli-belah itu pada jam 12.30 tengahhari tadi.

"Selepas 30 minit menunggu pemilik untuk menuntut beg mereka, pihak pengurusan mengambil keputusan untuk menghubungi kita demi keselamatan orang awam.

"Unit pemusnah bom segera ke tempat kejadian dan beg berkenaan diperiksa dan apa yang ditemui adalah pakaian," katanya.

Tiga jam kemudian, pemilik beg berkenaan yang berumur dalam lingkungan 20-an dan 40-an tampil untuk menuntut beg mereka.

"Mereka dibawa untuk disoal siasat. Mereka beritahu kita bahawa mereka mahu pergi membeli-belah, sebab itu mereka tinggalkan beg mereka di situ.

"Kita berpuas hati dengan jawapan mereka. Mereka telah dilepaskan," katanya sebagaimana lapor mStar Online.



0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.