Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(CAT STADIUM WARNA PINK & NAMA PAMOGA QU PUTEH THE RED WARRIORS) 2 Syarat Qu Puteh TAJA Red Warriors Jadi Viral

CELAH GELEGAR
(CAT STADIUM WARNA PINK & NAMA PAMOGA QU PUTEH THE RED WARRIORS) 2 Syarat Qu Puteh TAJA Red Warriors Jadi Viral

KUALA LUMPUR: Dua prasyarat diletakkan 
Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi menaja badan induk itu menjadi viral dan mendapat reaksi berbeza pembaca Berita Harian (BH). 

Menerusi Facebook BH Online, berita mengenai dua syarat yang ditetapkan - 

1. Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan 

2. nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW)

 - dilayari lebih 1.17 juta pembaca, menerima 11,052 Like dan dikongsi 1,937 pembaca setakat jam 11.40 pagi ini. 

Antara komen pembaca seperti berikut: "Pada saya, mmg wajar tindakan dato vida sbb dia adalah penyumbang terbesar..adalah menjadi hak dia untuk memberi syarat tersebut kerana ia juga sebagai batu loncatan untuk mempromosikan produk dia," komen Sha Al-Yahya. 

Adam Amirul pula menegaskan, "Tak berat apa pun syarat tu. Apa ada hal. Org nak taja, nak ambik, tak nak ikut jangan ambik. Tp nama tu sy tak setuju Dato. Sepatutnya jadi Qu Puteh The Pinky Warrior. Haha." 

"Nama pasukan tu ble difikirkan lg biar nampak lebih kesukanan...mcm NS matrix..dengarnye saja wlpn xtau mlsd matrix tu apa..tp masih ble diterima sebagai lambang keutuhan pasukan.. 

Kalaulah "pamoga qu puteh the red warriors"..xkena la..panjang sgt.berbelit2 nak sebut..xde kesukanan dlm ayat tu...fikir yg lainsikit...simple..xpanjang2..tp nampak sporty.. Lg 1..dah sebut red warriors tp semua nk kaler pink...mcm mana tu? ambil kira la warna bendera kelantan utk lambang pasukan tu...", komen Fa RedOne panjang lebar. 

BH Sukan sebelum ini melaporkan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, optimis mendapatkan sebanyak mungkin tajaan bagi meningkatkan semula prestasi skuad TRW dalam saingan Liga M musim 2016. Antara penaja yang sedia membantu ialah Vida Beauty Sdn Bhd apabila beliau mengesahkan mengadakan pertemuan dengan Dr Hasmiza, Sabtu lalu bagi merealisasikan permintaan rakyat Kelantan yang mahu melihat pengeluar produk kecantikan `Qu Puteh' dan jus Pamoga itu menaja pasukan kesayangan mereka. 

Sementara itu bagi pembaca Esya Asyifaq menyifatkan, syarat terutama stadium ditukar kepada warna merah jambu, mampu menjadi tarikan pelancongan terbaru di Kelantan. 

"Stadium warne pink..think positive, lepas nie lebih Ramai yang melancong kat kelantan ,sbb nk tgk stadium lain drpd y lain..bila rmai y dtg ekonomi kt klantan pon mnigkat jgk." 

Namun, Muhd Amran pula berbeza berpendapat kerana apabila stadium berwarna merah jambu ia agak keterlaluan. "Mungkin Dato boleh boleh letak perhiasan seperti bendera, frame gmbar yg pink shj kot. Klu tukar player pkai jersi pink pon sy x kisah asalkan kne dgn gayanya..tgk kit real Madrid (away) pd musim2 yg lpas. Nama pon bg sy ok cuma kne singkatkan shj. Dato bukan shj boleh mnyumbang dana kpd pasukan, mlah memberikan supplement kpd players agar lebih sihat & bertenaga", katanya. 

Ada juga berasakan syarat berkenaan sebagai pelik dan tidak masuk akal seperti disuarakan Zulkarnain Hussin. "Permintaan yg pelik... rasanya KAFA x pyh ikutla... kalu ikut syarat ni mcm gadai jatidiri je...sukan bola x sama dgn hiburan biasa... sukan bola jenis sukan lasak.... xkan satu stadium nk kaler kan warna pink... warna yg sinonim dgn kelembutan..!!! Amat tdk sesuai... x kena pd tempat".

http://www.bharian.com.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.