SEMUT HITAM
SIAPA LA YANG "BONGOK" SANGAT TU YE!!!
Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin mendakwa ada pihak cuba memperalatkan anak guamnya, Sirul Azhar Umar, demi kepentingan politik tersembunyi.
"Saya dan peguam, Hasnal Rezua Merican menyedari ada cubaan pihak tertentu yang mahu bersemuka dengan Sirul yang kini ditahan pihak imigresen Australia tetapi gagal kerana beliau enggan bertemu sesiapa.
"Malah, ada beberapa pihak dari dalam dan luar Malaysia, membuat panggilan untuk berhubung dengan Sirul. Ada panggilan berjaya membawa kepada perbualan antara Sirul dan pihak terbabit," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Plaza Damas di sini sebentar tadi.
Sirul yang juga bekas koperal dalam Unit Tindakan Khas (UTK) Polis berdepan hukuman mati kerana disabitkan bersalah membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mukim Bukit Raja, Klang di Selangor antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1 pagi 20 Oktober 2006.
Mahkamah Persekutuan pada Januari 13 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengenakan hukuman gantung terhadap dua anggota UTK terbabit susulan sabitan dengan pembunuhan Altantuya.
Sirul tidak menghadir diri ke mahkamah menyebabkan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya dan dilaporkan berada di Australia semenjak Oktober lalu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudian mendapatkan kerjasama Polis Antarabangsa (INTERPOL) untuk menjejaki individu itu yang dilaporkan berada di Sydney untuk tujuan ekstradisi.
Bagaimanapun, sistem perundangan Australia tidak mengiktiraf dan menentang hukuman mati. Sirul ditahan di Brisbane pada 12 Januari sebelum ditempatkan dalam tahanan imigresen negara itu.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.