Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(DAP SAH PARTI RASIS) Pemimpin, ahli DAP tidak senang hati Melayu jadi ahli DAP - Pengarah Strategi DAP

CELAH GELEGAR
(DAP SAH PARTI RASIS) Pemimpin, ahli DAP tidak senang hati Melayu jadi ahli DAP - Pengarah Strategi DAP

Pemimpin dan ahli parti rasis dan cauvinis DAP tidak senang dengan cadangan parti itu untuk menerima keahlian daripada orang Melayu dan Bumiputera.

Pengarah Srategi DAP, Ong Kian Ming berkata reaksi negatif terhadap cadangan itu tidak membantu untuk mengikis imej cauvinis yang didakwa sudah sebati dengan DAP.

“Ada ramai pemimpin DAP yang mahu DAP menambahkan keahlian daripada kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

“Tetapi dalam masa sama, ada juga ahli dan pemimpin DAP sendiri tidak begitu senang dengan cadangan DAP hendak mencapai 50 peratus ahlinya daripada orang Melayu dan Bumiputera dari Sabah dan Sarawak,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini.

Jika dilema itu dapat diatasi, Kian Ming berkata DAP dapat mengurangkan persepsi negatif dan memenangi undi Melayu pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU 14) akan datang.
Ahli Parlimen Serdang itu berkata, jika hasrat DAP itu berjaya menarik lebih ramai ahli Melayu ke dalam parti itu, ia juga tidak disenangi pihak lain.

“Ketika mesyuarat perjanjian Pakatan Harapan baru-baru ini, Amanah Johor mencadangkan supaya DAP tidak meletakkan calon Melayu di Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor.

“Saya rasa ini adalah sesuatu yang mesti ditangani sebagai satu cabaran jika DAP dan parti pembangkang bersama Pakatan Harapan mahu memenangi lebih undi Melayu,” katanya.

DAP adalah parti yang mana majoriti pemimpin dan ahlinya berbangsa Cina serta sering mengeluarkan kenyataan anti-Islam dan anti-Melayu. -ismaweb

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.