Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1MDB Najib berbohong lagi?

.
1MDB Najib berbohong lagi?
KENYATAAN

Dua tiga hari lepas Najib Razak kata dana awam tidak digunakan untuk menyelamat 1MDB. Bagaimana pun kenyataan PM itu diragui apabila hari ini Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengeluarkan satu kenyataan Kerajaan telah memberi geran sebanyak RM1.0865 billion kepada 1MDB bagi kerja-kerja pemindahan dan naiktaraf Pengkalan Udara.

Berikut adalah kenyataan penuh Rafizi yang dikirim ke blog ini:

14 JANUARI 2016

GERAN KERAJAAN BERJUMLAH RM1.0865 BILION KEPADA 1MDB BAGI KERJA-KERJA PEMINDAHAN DAN NAIKTARAF PENGKALAN UDARA, KINI SKANDAL MENCECAH RM3.4865 BILION

Sehingga hari ini 1MDB masih belum memberikan penjelasan ke mana perginya dana berbaki dari terbitan sukuk RM2.4 bilion yang kononnya dipinjam untuk membiayai kerja-kerja pemindahan dan naiktaraf pengkalan-pengkalan udara.

1MDB juga tidak menafikan kenyataan-kenyataan saya bahawa berdasarkan angka-angka yang dikeluarkan oleh 1MDB, hanya RM800 juta dari keseluruhan kos projek RM2.7 bilion yang telah dibayar oleh 1MDB. Sebab itu baki tanggungan RM1.9 bilion untuk menyiapkan kerja-kerja itu kini mengundang kontroversi apabila ia melibatkan syarikat berkaitan Kerajaan China yang boleh mendedahkan negara kepada risiko keselamatan dan pertahanan.

Saya yakin ada sesuatu yang disembunyikan 1MDB kerana angka-angka yang diketahui umum tidak masuk akal.

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2014 bagi Aktiviti Kementerian/Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan bagi perkara penyaluran geran kepada syarikat dimiliki Menteri Kewangan Diperbadankan di mukasurat 523 (petikan di bawah), 1MDB sebenarnya telah diberikan geran kerajaan berjumlah RM1.0865 bilion bagi tujuan “pembinaan bagunan gantian dan perolehan peralatan susulan pembangunan semula Sungai Besi”.

Ini bermakna 1MDB telah menggunakan dana awam dalam bentuk geran Kerajaan Persekutuan untuk membiayai kos kerja-kerja pemindahan dan naiktaraf pengkalan-pengkalan tentera udara yang sebenarnya adalah tanggungjawab 1MDB.

Lebih teruk lagi, berdasarkan angka-angka ini, jelas bahawa jumlah dana yang telah diperolehi oleh 1MDB dalam bentuk terbitan sukuk sebanyak RM2.4 bilion dan geran Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1.0865 bilion (menjadikan jumlah keseluruhan dana yang diambil bagi tujuan ini mencecah RM3.4865 bilion) adalah jauh melebihi kos keseluruhan projek yang diumumkan iaitu RM2.7 bilion.

Malangnya, 1MDB sendiri mengakui bahawa hanya RM800 juta yang telah dibayar setakat ini dan RM1.9 bilion masih berbaki.

Maka, skandal pembiayaan kerja-kerja pemindahan dan naiktaraf pengkalan udara yang melibatkan 1MDB kini menjadi lebih rumit dan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri perlu menjelaskan perkara-perkara berikut:

1. Kenapa Kerajaan Persekutuan meluluskan geran kepada 1MDB sebanyak RM1.0865 bilion untuk membiayai sebahagian kerja-kerja tersebut sedangkan itu adalah tanggungjawab kewangan 1MDB mengikut perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan sebagai pertukaran 1MDB mendapat tanah-tanah Pengkalan TUDM Sungai Besi pada harga yang rendah?

2. Jika geran sebanyak RM1.0865 bilion telah dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB tetapi hanya RM800 juta yang diagihkan kepada kontraktor, ke mana baki geran sebanyak RM286.5 juta?

3. Jika keseluruhan bayaran kepada kontraktor sebanyak RM800 juta kini ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan melalui geran ini, ke mana pula keseluruhan dana RM2.4 bilion dari terbitan sukuk yang sepatutnya digunakan bagi menanggung kos projek ini?

Jumlah RM3.4865 bilion yang terbabit di dalam skandal ini telah melebihi jumlah RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak. Beliau wajar meminta maaf kepada rakyat kerana mengumumkan dengan bongkaknya bahawa masalah kewangan 1MDb diselesaikan tanpa melibatkan dana rakyat, sedangkan Ketua Audit Negara sendiri telah mengesahkan bahawa RM1.0865 bilion dana rakyat telah disalurkan kepada 1MDB bagi menanggung kos yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN [wm.kl. 11:32 am 14/01/16]

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.