Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[GEMPAR HARI INI] Ahmad Bashah Ketuai Kumpulan UMNO nyatakan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz

CELAH GELEGAR
[GEMPAR HARI INI] Ahmad Bashah Ketuai Kumpulan UMNO nyatakan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz
ALOR SETAR: Selepas tersebar video Datuk Seri Ahmad Bashah tidur semasa Sultan Kedah bertitah, hari ini beliau bersama beberapa pemimpin UMNO Kedah menyatakan hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri.
Perkara itu diumumkan oleh beliau selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, selepas mengadakan perjumpaan tertutup bersama pemimpin UMNO negeri di Grand Alora Hotel, Alor Setar, sebentar tadi.
Sehubungan itu, Ahmad Bashah merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.
Berita Harian melaporkan seramai 14 ketua bahagian hadir kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu yang diwakili timbalan ketua bahagian masing-masing.
Yang hadir sama ketua semua sayap parti dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional.
Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata, usul itu dikemukakan berikutan kelemahan serta ketidakupayaan Mukhriz yang dilihat gagal menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat.
Alasan lain diberikan, katanya termasuk tiada sebarang perancangan strategik parti dilakukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), serta kegagalan Mukhriz dalam mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan negeri.
"Sebagai Menteri Besar, beliau gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan.


"Dengan ini kami merayu keprihatinan Perdana Menteri untuk membuat perubahan segera ke atas kepimpinan tertinggi parti negeri serta jawatan Menteri Besar Kedah," katanya.
Antara mereka yang hadir pada mesyuarat itu ialah Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharum.
Mereka juga hadir ketika Ahmad Bashah membuat pengumuman hilang kepercayaan terhadap Mukhriz pada sidang akhbar hari ini.
Ahli Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid yang berada di London telah diwakili oleh bekas wakil rakyat kawasan itu Ghazali Ibrahim.
Turut hadir ialah Ketua Pemuda Umno Kedah, Shaiful Azizy Zainal Abidin; Ketua Wanita Umno Kedah, Maznah Abd Hamid dan Ketua Puteri Umno Kedah, Norashimah Md nowar.

Mukhriz menjadi sasaran berikutan percubaan terbuka bapanya, Tun DrMahathir Mohamad untuk menumbangkan Najib sebagai perdana menteri.
Pada April tahun lalu, Mukhriz telah didesak oleh penyokong setia Najib supaya menyatakan sokongan secara terbuka kepada Najib yang dilanda pelbagai masalah.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.