Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NI TAKTIK BARU NAK PERTAHANKAN KEDAH KE???

SEMUT HITAM
NI TAKTIK BARU NAK PERTAHANKAN KEDAH KE???
Wah!!! Hebat betul cara diorang ni berpolitik. Tak terfikir dek kepala otak kita orang biasa ni. Mungkin ini salah satu taktik nak menang Pilihan Raya Umum yang akan datang nanti kot.

Dalam satu perjumpaan yang berlansung sebentar tadi di Hotel Grand Alora, Alor Star, hampir keseluruhan pimpinan UMNO Kedah mendesak Menteri Besar, DS Muhkriz Mahathir meletakkan jawatan.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, menyatakan kepada media, UMNO Kedah kini sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Mukhriz yang didakwa gagal dalam menyatupadukan UMNO negeri.

Mukhriz juga turut didakwa langsung tak membuat sebarang perancangan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 dan gagal menggerakkan jentera parti di negeri tersebut.

Yang paling utama menurut Ahmad Bashah, Mukhriz gagal dalam mengurus tadbir negeri Kedah secara berkesan setelah dilantik ke jawatan Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum yang lalu.

"Dengan itu, seluruh kepimpinan Umno Kedah mahu Perdana Menteri segera melakukan perubahan pentadbiran di negeri Kedah bagi mengelakkan perpecahan berlaku dengan lebih serius," - lapor Utaranews
Yang herannya, nak menang hari tu pun bukannya senang. Bila dah dapat balik, jadi macam ni pulak. Dulu suruh jadi Menteri Besar, sekarang dah didesak suruh letak jawatan? Aduhai!!! Nampak gayanya, makin 'Cerdik' diorang ni berpolitik. Memang tak terpikir dek orang lansung!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.