Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HUSAM INGAT DIA SAMA HEBAT MACAM HADI!!!

SEMUT HITAM
HUSAM INGAT DIA SAMA HEBAT MACAM HADI!!!
Pelikkan. Sebelum ni, Si Husam ni bukan main sibuk lagi menghentam kepimpinan PAS yang diterajui oleh Hadi Awang. Bagi dia, buruk sangat perangai Presiden PAS tu dimata dia.

Tapi, kenapa pulak perangai buruk tu jugak yang dia nak ikut? Kenapa benda yang selama ini dia pertikaikan tu jugak yang nak diikut jejak langkahnya? Kan nampak sangat BODOH Si Husam ni.

Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh Si Husam tu membuktikan yang dia pun sama BONGOK macam Hadi Awang juga. Maka sebab itulah Si Husam tu sanggup menggunakan alasan Longkang macam tu untuk membela diri dia sendiri!!!
SHAH ALAM: Datuk Husam Musa tidak wajar menyamakan kehadirannya dalam majlis makan malam anjuran Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan malam tadi dengan jemputan yang diterima Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad sebaliknya menegaskan majlis yang dihadiri Presiden PAS itu dianjurkan oleh persatuan tertentu, sedangkan Husam hadir dalam program anjuran seteru politik mereka.  

"Jadi tidak bolehlah hendak membuat andaian sendiri dan hendak membuat kias sendiri yang dia (Husam) boleh hadir ke majlis musuh politik PAS sedangkan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 itu bukan anjuran Umno tetapi dianjurkan oleh bekas-bekas pelajar (Alumni Universiti Al-Azhar)," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Beliau mengulas dakwaan Husam yang mendakwa bahawa tindakannya itu mendapat 'restu' daripada PAS yang kini dilihat terbuka dalam mengadakan pertemuan dengan parti lain terutamanya dalam isu nasihat-menasihati. 

Husam berkata tindakan beliau yang hadir dalam majlis anjuran PAN itu adalah selari dengan kehadiran Hadi pada majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 yang turut disertai Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Mahfodz dalam pada itu menegaskan kehadiran Hadi pada majlis Disember tahun lepas telah pun dirujuk ke PAS Pusat terlebih dahulu. Berbeza dengan Husam yang tidak merujuk terlebih dahulu kepada PAS Pusat.

"Sepatutnya (Husam) tidak boleh menyamakan keadaan beliau dengan Presiden PAS, kerana (Datuk Seri Abdul Hadi) hadir itu telah diputuskan oleh PAS Pusat, mereka hadir ke Multaqa itu pun dimaklumkan kepada AJK PAS Pusat.


"Husam pula tidak maklum, jadi dia buat kias sendiri, jadi kiasnya itu tidak betul dan hendak disamakan dengan Presiden PAS," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.