Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ISTANA SAJA KE YANG TERLIBAT???

SEMUT HITAM
ISTANA SAJA KE YANG TERLIBAT???
Itu persoalan yang sewajarnya menjadi tanda tanya kerana rata - rata sentimen yang disebarkan menyebut sedemikian rupa. Adakah pihak Istana sahaja yang terlibat dalam isu bauksit ni?

Kalau kita baca artikel yang disiarkan diruangan kolum "Awang Selamat" semalam, jelas spekulasi berkaitan dengan penglibatan Istana itu yang menjadi persoalan utama dalam isu bauksit ni.

IRONIKnya, jika pihak Istana terlibat, kenapa pulak sejak kebelakangan ini, Tengku Puan Pahang dilihat lantang bersuara membantah isu berkaitan dengan perlombongan Bauksit ni?

Bagaimana pula dengan isu pemilik tanah persendirian yang memajak tanah mereka untuk mendapat habuan yang lumayan? Takkan isu itu kita nak 'Tutup Sebelah Mata' dan buat - buat tak tau?

Jika dilihat dari sumber yang telah didedahkan sejak akhir - akhir ini, kewujudan pemilik tanah persendirian yang memajak tanah kepada pengusaha bauksit Haram memang cukup ramai.

Tapi kenapa tidak ada pendedahan dibuat mengenai penglibatan pemilik - pemilik tanah persendirian ini? Kenapa hanya isu berkaitan dengan pihak Istana itu juga yang menjadi tajuk utama?

Dari maklumat yang diterima, tak kurang dari 30 orang pemilik tanah persendirian terlibat dalam aktiviti perlombongan bauksit ini dengan keluasan yang dianggarkan seluas 10 ekar seorang. 

Rata - rata, mereka yang mengambil tindakan sedemikian mendapat habuan diantara RM 300 ribu hingga RM 500 ribu seorang, bergantung kepada keluasan tanah yang telah dipajak.

Itu pun tak termasuk peneroka - peneroka Felda yang telah memajakkan tanah mereka bagi mendapatkan habuan seperti mana yang didedahkan oleh salah seorang Peneroka semalam. (Klik Sini)

Kebanyakkan dari mereka memajak tanah kepada orang tengah untuk dijual kepada pengusaha Haram. Dan yang lebih memeranjatkan, ada pemilik tanah persendirian ni yang usahakan sendiri!!!

Sampai tahap ada yang sanggup buat pinjaman bank dan habiskan duit simpanan peribadi bagi tujuan tersebut. Modus operandi mereka ialah dengan menyalah-guna permit untuk memindahkan tanah.

Apa yang pasti, kalau kita nak main 'Blaming Game' ni, bukan semua benda kita tunding hanya ke arah satu pihak sedangkan ramai lagi orang lain yang Tamak Haloba. Tapi yang tu takde sapa pulak nak pertikai. Sebaliknya, masing - masing buat -  buat tak nampak pulak!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.