Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[PERHIMPUNAN JPM PAGI TADI] PM garis dua tumpuan penjawat awam untuk 2016

CELAH GELEGAR
[PERHIMPUNAN JPM PAGI TADI] PM garis dua tumpuan penjawat awam untuk 2016

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggariskan dua perkara yang perlu ditumpukan penjawat awam pada tahun ini bagi memastikan kelangsungan pentadbiran yang kerajaan yang lebih berkesan dan kesejahteraan rakyat terpelihara. 

Perkara itu ialah mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan dan berfikir secara kreatif serta inovatif dalam melaksanakan tugas.

"Mengoptimumkan perbelanjaan tidak bermaksud potong (perbelanjaan) sana dan sini tetapi melihat bagaimana setiap ringgit yang dibelanjakan mendatangkan hasil dan kesan yang besar. 

"Selain itu, tumpuan juga harus diberikan bagaimana menggunakan daya fikir yang kreatif dan inovatif serta meningkatkan produktiviti (dalam melaksanakan tugas), selain menambah usaha," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Putra di sini, pagi ini. 

Yang turut hadir, Menteri dan Timbalan Menteri di JPM; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan warga JPM. Ini adalah perhimpunan bulanan pertama JPM pada tahun ini. 

Selain itu, Perdana Menteri berkata, beliau juga akan menubuhkan satu kumpulan kecil yang akan turut dianggotai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ali bagi melihat semua projek kerajaan yang tertangguh. 

"Kita panggil kementerian dan agensi berkenaan. Kita lihat, jika projek itu lambat apa sebabnya. "Kalau proses itu susah, kita kena lihat semula," katanya. 

Berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Perdana Menteri berkata, seperti yang dijanjikan beliau untuk diselesaikan dalam tempoh enam bulan, isu itu sudah pun nampak penyelesaiannya. 

"Yang lebih mustahak, ia tidak menggunakan wang rakyat sama sekali," katanya. - BH

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.