Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isu bauksit: Ada 'NAMA-NAMA BESAR' akan DISIASAT - SPRM

CELAH GELEGAR
Isu bauksit: Ada 'NAMA-NAMA BESAR' akan DISIASAT - SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memilih bulu dalam siasatan isu bauksit, ujar Pengarah Bahagian Perisikannya, Datuk Azam Baki.

Tegasnya, tiada pihak yang akan terlepas dengan siasatan berkenaan dan akan terus menyiasat kumpulan atasan atau 'jerung' terlibat.

"Tidak ada istilah 'bilis' di sini kerana dalam kes bauksit ini semuanya 'jerung', tidak kira apa pangkat mereka.

"Memang ada 'nama-nama besar' tetapi biarlah saya simpan dahulu rahsia ini kerana tidak boleh nyatakan kerana siasatan masih dijalankan.

"Sekiranya ada tangkapan atau pertuduhan sudah tentu saya akan maklumkan," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Beliau, dalam pada itu, menafikan SPRM lambat bertindak dalam siasatan isu bauksit.

"Tidak adil mengatakan kami bertindak lewat. Sepatutnya yang dikatakan lewat ialah agensi-agensi terbabit kerana setelah hampir setahun negeri terlibat tercemar, itu yang patut dikuatkuasakan dahulu.

"Undang-undang SPRM ini undang-undang mencegah rasuah sahaja. Kami tidak boleh cegah sebarang kegiatan lain yang luar dari bidang kuasa kami," tegas beliau.

Menyentuh mengenai cabaran paling besar dilalui SPRM ialah kerjasama daripada orang ramai bagi membantu siasatan.

"Kita akui kita menerima maklumat dan aduan daripada orang ramai, tetapi rata-ratanya bercakap mengenai pencemaran alam sekitar.

"Jadi, saya menghantar pegawai saya ke lapangan untuk membuat risikan sebab tidak ada maklumat yang tepat tentang rasuah.

"Memang pencemaran alam sekitar itu beri isyarat sesuatu kepada SPRM kerana mungkin ada berlaku unsur rasuah," ujar beliau.

Walau bagaimanapun, SPRM berdepan kesukaran apabila masyarakat enggan memberitahu siapa terlibat.
"Sebab itu, kita sendiri pergi ke lapangan dan menilai maklumat serta mencari maklumat bagi tujuan menimbulkan isu-isu rasuah ini. Itulah kekangan paling besar sekali," tambahnya.

Setakat ini, empat Pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah berkaitan perlombongan bauksit.

Isu bauksit yang hangat diperkatakan menyebabkan Kerajaan Negeri Pahang sebelum ini bersetuju dengan keputusan Kerajaan Persekutuan mengenakan tempoh moratorium selama tiga bulan bermula 15 Januari lalu bagi mengurangkan pencemaran selain mencari penyelesaian lebih baik yang bersifat jangka panjang.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.