Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selepas letak syarat STADIUM HIJAU kepada Pasukan Selangor, TERLAJAK LARIS bincang PENAJAAN Pasukan Terengganu pula

CELAH GELEGAR
Selepas letak syarat STADIUM HIJAU kepada Pasukan Selangor, TERLAJAK LARIS bincang PENAJAAN Pasukan Terengganu pula

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengakui sudah mengadakan rundingan bersama syarikat D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd untuk menaja skuad Penyu bagi menghadapi kancah Liga Malaysia (Liga M), musim ini.
Setiausaha Agung PBSNT, Arpin Draman, berkata pihaknya masih menunggu kata putus daripada pemilik syarikat itu, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang terkenal dengan tagline 'Terlajak Laris' sama ada bersetuju untuk meneruskan tajaan atau tidak.
"Walaupun perbincangan sudah dibuat, namun belum ada kata putus lagi. Kita hanya mencuba nasib dan mana tahu D'Herbs mahu menaja pasukan Terengganu dan menjalinkan kerjasama dengan PBSNT. Jadi, jika mereka bersetuju, maka rundingan selanjutnya akan diadakan," katanya kepada BH Sukan, di sini, semalam.

Sebelum ini, D'Herbs dikaitkan bakal menaja juara Piala Malaysia 2015, Selangor dengan tajaan jutaan ringgit dan jutawan muda itu dikatakan meletakkan 20 syarat kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) antaranya mengecat Stadium Shah Alam dengan warna hijau serta menggunakan nama jolokan 'Terlajak Gol' bagi menggantikan The Red Giants.
Ditanya adakah PBSNT bersedia mengikuti syarat yang bakal diletakkan, Arpin berkata, pihaknya akan melihat secara mendalam dan mengikuti kehendak penaja, selagi ia tidak melanggar etika yang ditetapkan.
Katanya, pihaknya berharap penajaan berkenaan juga dapat memberi situasi menang-menang antara kedua belah pihak.  

"Buat masa sekarang, saya tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana ia masih di peringkat perbincangan awal. Jadi, kita tunggu apa keputusan D'Herbs mahu menaja Terengganu atau sebaliknya," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.