Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KE-DUNGU-AN MB CAP AYAM NI MAKIN TERSERLAH!!!

SEMUT HITAM
KE-DUNGU-AN MB CAP AYAM NI MAKIN TERSERLAH!!!
Heh! Kalau kita kata dia ni Cap Ayam, nanti Macai dia marah. Kalau kita kata dia Pak Pandir pun, diorang marah juga. Tapi nak kata apa lagi. Memang kerja pandir tu jugak la yang dia buat.

Kalau sebelum ini, Si Menteri Besar Cap Ayam tu kata Rejim Pakatan Selangor tu nak buat kajian terhadap bekalan air yang nak disalurkan dari Pahang ekoran timbulnya isu bauksit di Kuantan.

Perkara itu kita dah jelaskan sebelum ini dimana kedudukan empang dan air sungai yang nak disalurkan ke Selangor tu takde kaitan pun dengan isu bauksit yang dibangkitkan di Kuantan.


Tapi memandangkan Si Menteri Besar Cap Ayam tu nak jugak berniat untuk mengelirukan rakyat, maka itulah yang dilakukannya, memperbodohkan rakyat dengan kenyataan Pandir sedemikian rupa.

Hakikatnya semua orang tau yang kedudukan geografi dan topografi empangan dan aliran sungai yang nak dibekalkan ke Selangor tu dari kawasan Pahang Barat. Bukan Pahang Timur.

Perkara yang sama juga turut dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang, Dato' Sri Mohd Soffi Abdul Razak dalam kenyataan yang disiarkan semalam.

Katanya, air yang nak dibekalkan ke Negeri Selangor tu berpunca dari sekitar kawasan Pahang Barat seperti Bentong dan Raub yang mana kedudukannya 'JAUH' dari Kuantan.
“Air ini ditakung di Empangan Kelau sebelum dilepaskan ke Sungai Semantan dan dipam ke terowong yang menyalurkannya ke Sungai Langat. Isu bauksit tidak ada kena-mengena kerana ia kawasan tadahan berbeza.“Untuk menjual air, kami lakukan ujian di Empangan Kelau. Di loji air Mempateh juga ada operator Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) melakukan ujian.
“Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) juga akan melakukan ujian terhadap air yang diterima dari Pahang. Jadi saya tidak nampak ada keperluan untuk mengkaji semula perjanjian kerana semuanya sudah teratur,” katanya seperti yang dilaporkan Pahangku Media.
Mungkin Si Menteri Besar Cap Ayam tu ingat rakyat di Malaysia ni se-BODOH dia gamaknya. Mungkin dia ingat, rakyat Malaysia ni senang nak diperlekehkan macam Macai Pakatan.

Apa yang jelas, kenyataan Si Menteri Besar Cap Ayam tu bukan sahaja membuktikan bahawa dia mempunyai niat buruk terhadap Kerajaan Negeri Pahang. Tapi dalam masa yang sama mem-BODOH-kan diri dia sendiri depan orang ramai!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.