SEMUT HITAM
NIK ABDUH TAMBAH PERIT PKR DAN DAPigs!!!
Sejak terkuburnya gabungan Pakatan Haprak, PAS seakan-akan tidak dapat menerima bahawa mereka kini tidak lagi diperlukan sebagai parti dalam gabungan tersebut iaitu DAPigs dan PKR.
Malah apa lebih mengecewakan, PAS yang sering diherdik oleh puak - puak DAPigs selama hari ini hanya diperhatikan oleh PKR yang sekadar menjadi 'Saksi Bisu' tanpa bersuara sedikit pun.
Apa yang nyata, terkuburnya Pakatan Haprak tu masih lagi menjadi satu tanda tanya besar buat semua pihak. Terutama dikalangan rakyat yang menjadi penentu jatuh bangun Politik.
Semua tertanya - tanya, kenapa gabungan Pakatan Haprak yang selama ini dikatakan begitu Gah untuk menawan Putrajaya akhirnya boleh terkubur begitu sahaja di tengah - tengah jalan?
Malah, dengan insiden DAPigs sering menyerang PAS dalam beberapa isu terutama berkaitan pelaksanaan hukum hudud, membuatkan PAS menjadi mangsa punca terkuburnya Pakatan Haprak tu.
Namun begitu, benarkah PAS sahaja yang menjadi punca terkuburnya Pakatan sehingga tertubuhnya parti serpihan PAS yang mengikut acuan DAPigs, iaitu parti 'Periuk' pimpinan Si Mat Sabu tu?
Bagi menjawab persoalan tersebut, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz tampil dengan mengatakan terkuburnya gabungan tersebut adalah kerana DAPigs dan PKR sudah mula lupa diri.
Nik Abduh yang ternyata kecewa dengan sikap DAPigs itu berkata, sejak ketiadaan ayahnya DAPigs dan PKR mula membawa haluan masing - masing tanpa memikir penyatuan dikalangan parti pembangkang.
Tambah Nik Abduh, ketika ayahnya masih hidup, ayahnya dihormati oleh rakan sekutu walaupun berbeza ideologi politik, namun selepas itu, DAPigs dan PKR mula mempamerkan sikap 'sebenar' mereka.
"Ketiadaan almarhum ayahanda Nik Aziz amat-amat dirasai oleh dunia politik, seperti yang disebut sesetengah pihak mungkin menjadi faktor antara punca perpecahan dalam Pakatan Rakyat."Tiada orang tua yang benar-benar dihormati bila Nik Aziz tiada. Masing-masing membawa diri parti-parti politik, dan tiada kekuatan hingga hari ini yang mampu menyatukan. Tetapi kita tahu bahawa politik ini perlu diteruskan dengan siapa yang ada, kita tidak boleh mengenangkan Tun M di zaman Najib, Kerana kita adalah kita hari ini dan kita selesaikan bersama. Jangan menanti yang telah pergi," kata Nik Abduh seperti yang disiarkan dalam laman portal Utaranews.Kenyataan Nik Abduh ini membuktikan bahawa tiada lagi PR seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pemimpin PAS. Walaupun PAS tidak lagi berada dalam PR ataupun mana-mana gabungan, tapi itu tidak bermakna bahawa parti itu tidak mempunyai sokongan!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.