Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KISAH DUA JANDA "F" YANG "PANAS"!!!

SEMUT HITAM
KISAH DUA JANDA "F" YANG "PANAS"!!!
Lari jap dari Politik. Disebalik kontroversi hangat yang melanda Negeri Kedah semalam, mungkin ada yang terlepas pandang cerita dua orang pelakon 'F' yang kini sudah berstatus sebagai 'Janda'.

Pelakon Fasha Sandha sah bercerai talak satu dengan suaminya Jejai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan di sini pada Rabu. Lafaz berkenaan dibuat di dalam kamar Hakim Syarie kira-kira pukul 3 petang.

Fasha sebelum ini telah memfailkan permohonan cerai pada 18 Januari lalu selaku plaintif mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.

Fasha diwakili oleh Peguam Syarie Zulkifli Che Yong. Jejai yang hadir ditemani oleh rakannya kelihatan menangis teresak-esak ketika keluar dari kamar hakim sebelum meninggalkan mahkamah.

Fasha yang enggan menjawab sebarang soalan dari pihak media bagaimana pun menerusi pengurusnya telah mengedarkan kenyataan kepada wartawan yang hadir pada perbicaraan itu.
"Saya reda dan akan meneruskan kehidupan bersama kedua-dua anak saya Putra Rayfal dan Putri Raysha," katanya.
Satu lagi kes cerai melibatkan bekas penyanyi kumpulan Elite, Fiza dengan pasangannya Adam AF yang bercerai sejak 21 September tahun lalu. Ianya kes perceraian kali kedua buat mereka.

Memetik laporan BH Online, Fiza berharap penjelasan itu dapat mengelak salah faham dan fitnah. Malah beliau menganggap perpisahan diantara mereka itu dibuat dengan cara yang baik. 
"Saya anggap sudah bukan jodoh untuk kami bersama lagi. Saya minta dia lepaskan saya tanpa dendam di hati. Sekarang masing-masing bawa haluan sendiri."Saya mahu kongsi hal ini kerana mahu maklumkan status sebenar. Ini kerana ramai sudah mula bertanya setiap kali saya berjalan tanpa Adam di sisi"Malah, Adam sudah tidak memuat naik gambar saya di laman Instagramnya. Jadi saya lihat pencerahan ini perlu supaya tak menjadi fitnah pula," katanya.
Pasangan tersebut bernikah pada September 2013 tetapi tidak dikurniakan anak. Menyorot kisah perkahwinan mereka, Adam dan Fiza pernah bercerai pada 28 April 2014 tetapi rujuk pada tahun sama.

Namun, tahun lalu, Fiza sekali lagi bernekad untuk menuntut cerai kerana melihat hubungan mereka tidak boleh dipertahankan lagi dan membuatkan dia bercerai kali kedua dengan Adam.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.