SEMUT HITAM
SPOIL MOOD MAHFUZ NAK TERIMA "BINTANG"!!!
Hahaha!!! Kesian pulak tengok Si Mahfuz Bean ni. Orang yang sibuk tengah beramuk, dia pulak yang meroyan tak tentu arah. Nampak sangat dia cuba nak menangguk diair yang keruh.
Kalau kita sekali tengok, kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu seolah - olah cuba nak 'Back-Up' Menteri Besar Kedah yang sedang hangat dihujani dengan kontroversi pada ketika ini.
Kata Si Mahfuz Bean, mereka yang tampil membuat sidang media berhubung kedudukan Menteri Besar Kedah tu semalam adalah tidak wajar dan ianya Tidak Menghormati Sultan Kedah.
"Esok (21 Januari) adalah hari kedua majlis pengurniaan bintang dan pingat kebesaran. Tiba tiba hari ini mereka persembahkan tindakan tidak beradab kepada sultan dan rakyat Kedah yang sedang dalam kegembiraan."Terpulanglah kepada Umno nak tukar Pengerusi Umno Kedah, tetapi tidak wajar mencetuskan isu ketidakpercayaan kepada menteri besar selepas tuanku sultan menerima lafaz taat setia daripada Mukhriz sebagai yang mewakili kerajaan dan rakyat Kedah. Tindakan Umno Kedah adalah penghinaan terhadap tuanku sultan," katanya.Dan jika dilihat dari satu sudut, mungkin tindakan Si Mahfuz Bean tu boleh dianggap sebagai 'Membalas Budi' sebab sebelum ni, Si Mahfuz Bean tu pernah mintak tolong Tun Mahathir.
Tapi sebab orang yang kita cerita ni bukannya orang lain. Sebaliknya, kita cerita pasal Si Mahfuz Bean, salah seorang yang kita tak boleh percaya dalam Politik tempatan. Kuat membelit.
Sedangkan dalam PAS sendiri pun Si Mahfuz Bean tu boleh jadi 'Talam Dua Muka', inikan pulak dengan parti lain. Bukan ke sebelum ni, Si Mahfuz Bean tu terkenal dengan jolokan 'Harumanis'?
Gelaran itu menggambarkan sifat peribadi Si Mahfuz Bean tu sendiri, 'Diluar Hijau tetapi isi dalamnya Oren'. Dan yang berikan gelaran tu bukannya orang UMNO. Tapi "Geng" dia sendiri.
Jadi, tak usah la kita nak terpengaruh sangat dengan kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu berhubung isu yang sedang melanda Kedah pada ketika ini. Hakikatnya, Si Mahfuz Bean tu setakat jadi 'Batu Api' je. Bukannya sebab dia hormat sangat pada Sultan!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.