Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MELAKA ANJUR RATU CANTIK: KM Melaka perlu sensitif terhadap umat Islam

CELAH GELEGAR
MELAKA ANJUR RATU CANTIK: KM Melaka perlu sensitif terhadap umat Islam

MELAKA, Isnin – Yang Di-Pertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Melaka, Ustaz Ir Hj Mohd Khoushaini Mohd Naim meminta Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron agar lebih sensitif terhadap umat Islam di negeri itu apabila membuat kenyataan yang mahu mempromosikan Melaka melalui pertandingan ratu cantik.
“Kita seru YB Ketua Menteri agar lebih sensitif dan menilai kembali kewajaran program ini kerana apa saja tindakan kerajaan negeri menggambarkan identiti Islam.
“Ini langsung tidak menghormati sensitiviti majoriti umat Islam di negeri ini, memalukan rakyat serta mencalar imej Islam dan budaya ketimuran yang diwarisi sejak turun temurun.
“Apatah lagi Melaka terkenal dengan sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Islam di rantau ini.

Ketua Wanita Isma Melaka, Siti Affiza Mohammad pu;a dalam satu kenyataan lain turut berkata, tindakan kerajaan negeri yang menjadikan Melaka sebagai tuan rumah bagi Pertandingan Ratu Cantik Tourism adalah satu bentuk penghinaan terhadap hukum Islam itu sendiri.
Katanya, penganjuran pertandingan ini sebagai tujuan promosi pelancongan adalah satu alasan yang dangkal kerana banyak lagi teknik promosi yang lebih berkesan dan tidak melanggar hukum syarak boleh dilakukan bagi tujuan yang sama.
“Acara ratu cantik ini bertentangan dengan ajaran Islam dan juga menjadi satu penghinaan ke atas martabat dan maruah golongan wanita khususnya wanita Islam apabila anggota badan mereka dengan senangnya ditonton oleh orang ramai tidak kira agama atau jantina dan dinilai kecantikannya oleh juri tertentu.
“Islam hadir sebagai penyelamat sekali gus mengangkat martabat wanita yang dihina pada zaman jahiliyyah,” katanya. -ismaweb

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.