AMIE'S LITTLE KITCHEN
Jalan-Jalan Cari Makan di Teluk Kemang : PD Famous Cendol Coconut Shake Power & Anjung Selera
Dipendekkan cerita, disebabkan banyak menghabiskan masa berjalan dan menghadiri mesyuarat jadi koleksi masakan pun tak bertambah. Apa pun Amie kongsikan juga pelbagai hidangan untuk jamuan mata. Kali ini Amie paparkan hidangan atau masakan yang sempat kami nikmati sewaktu berkunjung ke Teluk Kemang pada Disember 2016 lalu.
Yang tak dapat dilupakan.... sudah tentulah cendol jagung! Dah lama teringin nak makan cendol.... akhirnya terjumpa juga cendol yang sangat memuaskan hati! Rasanya sedang-sedang saja... nyaman bah! Harganya pun tersangatlah murahnya! RM2 sahaja....
Inilah antara gerai yang sempat kami singgah untuk melepaskan dahaga. Maklum sahajalah di tepi pantai. Biarpun angin bertiup nyaman tapi panas tetap membahang membakar kulit! Sebenarnya Amie terpandang gerai PD Famous Cendol Coconut Shake Power ini ketika sedang menikmati hidangan tengahari di Anjung selera yang terletak bersebelahan dengan gerai ini. Encik Suami suruh Fairuz belikan cendol untuknya.... agaknya tak sabarlah tu nak merasa cendol Teluk Kemang!
Singgahlah ke gerai ini jika anda berkunjung ke sini. Coconut Shake Power hanya berharga RM2.50 sahaja tapi sedaaaapppp.... Tak rugi menunggu untuk membeli sebab sewaktu kami beli gerai ini penuh sesak dengan pelanggan!
Sebelum itu kami makan tengahari di gerai makan Anjung Selera. Datanglah awal sedikit untuk makan tengahari sebab anda akan dapat menikmati hidangan (terutama berkuah) yang baru diangkat dari periuk! Selain deretan gerai makan di Anjung Selera banyak lagi gerai atau warung makan di bahagian belakang menghadap laut. Macam-macam ada.... tapi tak sempatlah nak makan di situ!
Mula-mula memang tak tahu nak pilih gerai makan yang mana satu!
Antara lauk-pauk pilihan.
Ulam-ulaman memang tak terkecuali dihidangkan dalam setiap gerai!
Nampak sedap-sedap belaka!
Ikan salai masak lomak cili api... ikan keli goreng berlado! Asam podeh pun ado!
Gambar di atas tu bukannya dari gerai makan di Teluk Kemang.... Nasi Goreng Seafood.
Ini makan malam kami di Saujana Tom Yam Sea Food, Medan Ikan Bakar Batu 4.
Banyak makanan laut boleh dipesan di restoran ini, tapi ini sajalah yang kami pesan. Yang di atas tu Nasi Goreng Ayam Masak Merah.... Fairuz punya.
Ini katanya Nasi Goreng USA... hidangan untuk Fuad.
Ini ayam percik.... no komen.
Kami tak lama berada di Port Dickson, cuma dua hari satu malam sahaja. menginap di Glor Beach resort.
Yang tak dapat dilupakan sudah tentulah ketika melepaskan dahaga di PD Famous Cendol Coconut Shake Power! Kalau anak-anak terkam Coconut Shake Power, kita terkam yang di bawah ini dulu....
...sudah tentulah cendol yang memang power! In shaa Allah ada rezeki dan kesempatan kalau sampai ke Teluk Kemang, memang nak singgah sini lagi!
Entri bersambung.....
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.