Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[MEMBUNUH TANPA MOTIF] Semoga permohonan pengampunan Azilah diterima – Shahbudin Husin

CELAH GELEGAR
[MEMBUNUH TANPA MOTIF] Semoga permohonan pengampunan Azilah diterima – Shahbudin Husin

Salah salah anggota polis yang didapati bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu, Azilah Hadri, dilaporkan sudah menghantar rayuan untuk pengampunan diraja kepada Lembaga Pengampunan Selangor.
Azilah bersama seorang lagi rakannya, Sirul Azhar Umar, yang kini melarikan diri ke Australia, sebelum ini didapati bersalah membunuh Altantuya di kawasan hutan di Puncak Alam dan dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan tersebut.
Lembaga Pengampunan negeri dipengerusikan Sultan Selangor dan turut dianggotai beberapa yang lain, termasuk antaranya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Abdul Razak Baginda yang sebelum itu merupakan tertuduh utama kes pembunuhan itu dilepaskan tanpa dipanggil membela diri dalam perbicaraan awal dan pihak pendakwa juga tidak merayu pembebasannya.
Ketika kejadian, kedua-dua anggota polis terbabit bertugas menjaga keselamatan Datuk Seri Najib Razak yang pada masa itu merupakan timbalan perdana menteri.
Rayuan kepada Lembaga Pengampunan Selangor adalah peluang terakhir pesalah di negeri yang dijatuhkan hukuman mati menyelamatkan nyawa mereka.
Sekiranya rayuan diterima, hukuman mati yang diterima Azilah boleh ditukar kepada penjara seumur hidup sahaja.
Sementara itu, blog ini dalam artikelnya pada 23 Februari 2015 sudah pun menulis mengenai usaha tokoh berpengaruh dalam negara mengadap Sultan Selangor bagi memohon pengampunan terhadap Azilah dan Sirul.
Tokoh terbabit difahamkan mengusahakan pengampunan itu atas dasar perikemanusiaan berikutan kedua-dua anggota polis terbabit tiada motif untuk diri mereka berbuat demikian dan melakukannya semata-mata kerana mengikut arahan.
Dengan sahnya rayuan pengampunan itu sudah dihantar, sama-samalah kita berdoa agar permohonan Azilah itu diterima akhirnya oleh Lembaga Pengampunan Selangor dan kemudian mungkin akan menyusul pula rayuan yang sama daripada Sirul yang kini terpenjara sebagai pelarian di Australia. – shahbudindotcom.blogspot.my, 16 Januari, 2016.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.