Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NAK SEBUT PAS PUN, KETAR "BUAH KERANDUT"!!!

SEMUT HITAM
NAK SEBUT PAS PUN, KETAR "BUAH KERANDUT"!!!
Kalau kita baca kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin parti "Periuk" pimpinan seorang yang pernah KANTOI berkhalwat sebelum ni, nampak sangat ianya sarat dengan sarkastik.

Bunyi - bunyi sindiran itu cukup jelas dihadam, tetapi tidak disampaikan dengan terang. Nampak sangat yang dia pun masih 'Takut Pada Bayang - Bayang' sendiri dan cuba nak berkias.

Kenapa dia TAKUT nak sebut, pihak mana yang dimaksudkan sebagai Ekstremis yang mirip dengan IS tu? Kenapa dia hanya nak bersembunyi disebalik kenyataan yang berbaur sindiran?

Cakap terus terangkan senang. Tak payah la dia nak main sembunyi - sembunyi. Katakan sahaja Ekstremis tu ialah puak - puak PAS seperti mana yang telah dilakukan oleh mereka sebelum ini.

Kepada siapa sebenarnya dia nak tujukan kiasan 'Tokoh - Tokoh Agama' tu jika bukan dia nak menunding jari ke arah pemimpin - pemimpin PAS yang pernah menjulang nama dia dalam Pilihan Raya Umum yang lepas?

Kenapa TAKUT nak sebut nama PAS? Takut kena saman? Takut sindiran itu terkena pada batang hidung sendiri? ATAU, dia takut jika perkara itu disebut secara terbuka, maka pengikut dia sendiri akan rasa tersindir?

Ibarat "Kacang Lupakan Kulit". Itu la sifat puak - puak parti "Periuk" pimpinan Si Mat Sabu ni. Dendam mereka tak pernah padam terhadap PAS hanya semata - mata kerana tak dapat memenuhi kehendak nafsu mereka.

Maka sebab itulah diorang meroyan tak tentu arah dan cuba menyerang PAS dari pelbagai sudut kerana tak puas hati. Ditambah pulak PAS sekarang dilihat mula 'Berjinak - Jinak' dengan pihak Kerajaan. Lagi la diorang "Panas Punggung" dibuatnya!!!
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Bahrin Shah dalam satu kenyataan malam ini menyeru pentadbiran Datuk Seri Najib Razak supaya menangani ekstremisme yang marak di negara ini. 

Beliau menegaskan pemerintah perlu bertanggungjawab diatas penularan pemikiran pelampau, yang menurutnya tercetus daripada permainan politik yang merbahaya. 

“Saya serta rakan-rakan pimpinan dalam AMANAH telah berkali-kali mengingatkan kerajaan agar tindakan tegas diambil terhadap corak pemikiran dan ideologi sesetengah pihak di Malaysia yang mirip IS. 


Bahkan, beliau mendakwa sesetengah tokoh-tokoh agama terus bebas melancarkan kempen kepada pengikutnya untuk “menghapuskan pengkhianat”, malah ada yang sehingga ke tahap “menghalalkan darah pengkhianat”. 

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.