Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mukhriz panggil Mesyuarat Exco hari ini

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Mukhriz panggil Mesyuarat Exco hari ini

TMI melaporkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang sedang diasak melepaskan jawatannya akan memanggil mesyuarat kerajaan negeri (exco) hari ini ketika spekulasi sedang bertiup mengatakan nama penggantinya bakal diumumkan.
Mukhriz yang berdepan tentangan daripada pucuk pimpinan Umno Kedah enggan mengalah untuk melepaskan jawatan yang disandangnya sejak berjaya merampas kembali pemerintahan kerajaan negeri daripada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Mukhriz belum mahu mengalah, beliau akan berusaha untuk mengekalkan jawatan yang disandangnya kerana merasakan rakyat masih bersamanya.
Menurut sumber, langkah itu diambil Mukhriz kerana menyedari mengenai khabar angin mengatakan kemelut menteri besar Kedah akan diselesaikan selewat-lewatnya Rabu ini.
"Mukhriz sedar mengenai khabar angin Rabu ini bakal menjadi hari akhirnya sebagai menteri besar.
"Disebabkan itu, beliau mengambil langkah memanggil mesyuarat tersebut walaupun menyedari pentadbirannya ketika ini sudah tidak lagi mendapat sokongan," katanya.
Mesyuarat exco itu juga mahu melihat sejauh mana kebenaran mengenai spekulasi akuan bersumpah (SD) yang dikatakan sudah ditandatangani 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Kedah untuk menolak Mukhriz, kata sumber.
"Ketika ini dikatakan 19 wakil rakyat Umno sudah menandatangani SD bagi menyatakan tidak menyokong Mukhriz lagi.
"Tapi masalahnya Mukhriz belum lihat SD itu sendiri atau ditunjukkan kepadanya untuk mengatakan beliau kini sudah hilang sokongan 19 Adun tersebut," katanya.
Dalam pada itu, sumber juga mengesahkan Mukhriz menghadap Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Badlishah semalam bagi memberi penerangan mengenai krisis politik negeri Kedah.
Sumber juga mengatakan spekulasi yang dibuat beberapa penulis blog pro-Umno mengenai hasil pertemuan itu tidak tepat malah mempersoalkan kesahihan mengatakan Tunku Temenggong menolak pentadbiran Mukhriz.
"Bagaimana penulis blog anti-Mukhriz boleh dapat maklumat dalam istana walhal tidak ada seorang pun daripada Adun Umno yang tidak menyokong Mukhriz berjumpa dengan Tunku Temenggong setakat ini," kata sumber.
Menurut sumber setakat ini, yang sudah mengesahkan kehadiran 2 exco iaitu Exco Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Wanita, Datuk Suraya Yaacob dan Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan, Aminuddin Omar. - TMI

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.