Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[MUKHRIZ PIHAK YANG BENAR] Pagi ini, Jumaat, PM menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Petang Mesyuarat MT UMNO

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[MUKHRIZ PIHAK YANG BENAR] Pagi ini, Jumaat, PM menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Petang Mesyuarat MT UMNO

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dipercayai akan menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada pagi Jumaat, bagi membincangkan usaha penggulingan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. 

Pertemuan dijangka berlangsung di Istana Darul Aman di Bukit Persekutuan, di sini, dipercayai turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din. 


Setakat ini belum ada pengesahan rasmi, namun sumber terdekat dengan pentadbiran negeri mengesahkan pertemuan yang dijangka berlangsung jam 8.30 pagi. 


Ketika dihubungi malam ini, Bakar mengesahkan sudah berada di ibu negara, tetapi enggan mengulas lanjut. 


Mukhriz dijadualkan turut berada di Kuala Lumpur pada Jumaat bagi menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijangka pada sebelah petang.


Kedudukan Menteri Besar Kedah menjadi polemik apabila puak pengguling yang diketuai Ahmad Bashah mengadakan sidang mefia menolak Mukhriz.


Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) telah diminta menandatangi akuan sumpah (SD) agar menyokong pertukaran pucuk kepimpinan negeri. Mereka turut diarahkan agar tidak menghadiri Mesyuarat EXCO yang dipengerusikan Mukhriz di Wisma Darul Aman pada Rabu lalu. 


 Biar gambar berbicara : jawapan kepada pihak yang menyatakan Najib tidak terlibat dalam hal ini dan mereka menyatakan perjumpaan Najib dengan puak pengguling MB hanya di PWTC secara rasmi sahaja

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.