Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(NETIZEN GELAK SINIS) Lori hantu dipercayai dicuri sebelum kejadian

CELAH GELEGAR
(NETIZEN GELAK SINIS) Lori hantu dipercayai dicuri sebelum kejadian

Kajang: Lori hantu yang merempuh 37 kenderaan serta menyebabkan dua pelajar perempuan berusia 13 tahun maut di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Damai Perdana, Kajang, semalam dipercayai dicuri sebelum kejadian.

Difahamkan, pemandu lori warga Indonesia berusia 39 tahun itu sedang makan di gerai berhampiran sekolah berkenaan sebelum menyedari lorinya dicuri seorang lelaki.

Menurut sumber, lelaki yang mencuri lori itu gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh 37 kenderaan di depan sekolah berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard ketika dihubungi berkata, pihaknya giat memburu suspek utama yang menyebabkan kemalangan maut itu.

“Pemandu lori berkenaan sudah menyerah diri di balai polis dan direman sehingga 21 Januari ini. Kita masih memburu suspek yang mencuri lori itu,” katanya.

Antara komen netizen di fb harian metro:

Haaa.....cerita dongeng dh kuar dh....

Serius lawak....tiba² plak kena curi...mmg kena la punchline ..nak gelak ke x neh???konpius

Punch line ko lori kene curi ni memang terbaik beb, boleh msuk maharaja lawak mega 2016

Slm dgr tv3 die ckp lori bergerak sndri xde pemandu. Pdhal bdk2 skolah dh tahan pemandu tu mse die nk lari. Harini lori kene curi pulak. Byk btl drama malaysia ni. 😧😧😧

Haha...korang ni... xde faedah ape pncuri nk curi lori hantu tu... mana tahu nk jual besi buruk kot.. kan sara hidup dh ckup mnyeksakn rkyt skg ni.. apapepon mmg tokey tahu korang xkn pcya, dh tu jer jln lepas nk wat camna..hantam jer lh labu.. huhuk

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.