Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAPAN IKLAN PELIWAT PUN BOLEH GHAIB!!!

SEMUT HITAM
PAPAN IKLAN PELIWAT PUN BOLEH GHAIB!!!
Pembangkang terus rancak menjalankan kempen pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila papan iklan gergasi #BebasAnwar dilihat semakin bercambah di beberapa kawasan di sekitar Selangor.

Walaupun papan iklan gergasi atau billboard #BebasAnwar pertama yang dipasang di Selayang telah diturunkan baru-baru ini, pembangkang tetap meneruskan perjuangan untuk mempertahankan bos mereka. 

Ianya dapat dilihat apabila dua lagi papan iklan dengan kata-kata 'Bebas Anwar, Bebas Rakyat' terus ditegakkan di Kajang, dan yang paling terbaharu di kawasan Parlimen Pandan. 

Namun tidak seperti di Selayang, kualiti dua papan iklan tersebut dilihat jaug lebih rendah apabila ianya hanya menggunakan plastik yang lebih mudah untuk ditanggalkan.

Kemunculan dua billboard di Selangor itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan billboard #BebasAnwar menjadi tiga, di mana satu lagi telah dipacakkan di Kubang Semang, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Kemunculan dua papan iklan gergasi ini juga telah mengiyakan kenyataan Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh sebelum ini yang percaya lebih banyak billboard #BebasAnwar akan dipasang pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong yang bertanggungjawab terhadap pemasangan billboard di Selayang juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa billboard seumpama itu akan dipasang di beberapa tempat lagi yang difikirkan sesuai dalam masa terdekat.

Sebelum ini, William mendakwa pemasangan billboard di Selayang yang telah diturunkan itu mengikut prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan dan telah diberi permit.

Ketika diminta mengulas mengenai papan iklan itu yang 'ghaib' secara tiba-tiba, Wiiliam bagaimana pun menafikan bahawa ianya telah diturunkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
Mungkin la papan iklan yang sebelum ni ada kat Selayang tu dah kena curi dengan 'Orang Bunian' memandangkan Ahli Parlimen Selayang tu pun kata dia tak tau ke mana hilangnya. Mungkin 'Orang Bunian' pun menyampah dengan Si Peliwat ni!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.