Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERKINI: 8 Pagi Tadi Najib Menghadap Yang di-Pertuan Agong

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
TERKINI: 8 Pagi Tadi Najib Menghadap Yang di-Pertuan Agong

KENDERAAN yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dilihat memasuki Istana Negara, tepat jam 8 pagi tadi, bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali - Berita Harian

Terdahulu sebuah portal Pro-BN MYKMU  melaporkan Kedah bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya hari ini (Rabu)  apabila 20 daripada 21 Adun Kedah dari BN bersetuju dan akur untuk menerima sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Mukhriz.

Walau bagaimanapun, Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir 'masih selamat' kerana sepegetahuan beliau setakat ini masih tiada tanda-tanda pertukaran kedudukan Menteri Besar Kedah yang baharu.


"Belum sampai ke tahap itu lagi," demikian katanya ringkas kepada Sinar Online,  ketika ditanya tentang desas-desus mengenai Kedah bakal mendapat menteri besar yang baharu esok.

Dalam keadaan semua pihak bermain teka teki, hari ini jam 8.00 pagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat memasuki Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Adakah ini petanda bahawa Najib telah membuat keputusan mengenai isu Menteri Besar Kedah dan akan mempersembahkan kepada Agong.

Namun setakat ini, kesudahan  polemik mengenai pertukaran Menteri Besar Kedah sukar dijangka, apa apa pun, kita sebagai rakyat hanya boleh menunggu dan melihat apa kesudahan drama politik negeri Jelapang Padi ini.

Hanya seorang EXCO hadir

Sementera itu, sehingga jam 10.20 pagi ini, hanya seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dilihat tiba di pekarangan Wisma Darul Aman bagi menghadiri mesyuarat kerajaan negeri, yang dijadualkan pada jam 10 pagi, hari ini. 

EXCO Belia, Sukan dan Kebudayaan, Datuk Aminuddin Omar, tiba di pekarangan wisma negeri itu, kira-kira jam 10.15 pagi. 

Terdahulu, tepat jam 10 pagi, kenderaan yang membawa Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tiba di premis berkenaan. 

Kenderaan rasmi Menteri Besar sehingga kini tidak kelihatan, walaupun beberapa pegawainya malam tadi mengesahkan mesyuarat kerajaan negeri akan berlangsung pagi ini. Selain itu, petugas media tidak dibenarkan memasuki kawasan wisma negeri.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.