SEMUT HITAM
PARTI "PERIUK" GILA TALAK, TUDUH PAS SEMAKIN "EGO"!!!
Nampak gayanya, dendam kesumat dikalangan puak - puak parti "Periuk" pimpinan Si Mat Sabu tu masih belum dapat dipadam walaupun mereka dah tandatangani perjanjian baru dengan DAPigs.
Masih ada lagi dikalangan puak - puak parti "Periuk" tu yang seolah - olah "Gila Talak" dan membuat tuduhan liar terhadap bekas parti yang mereka sertai dan didokongi selama hari ini.
Dan kali ini, tuduhan mereka lebih ekstrem apabila mendakwa PAS menjadi semakin 'Ego' setelah Allahyarham Nik Aziz meninggal dunia dan Si Ketua Penipu tu disumbat masuk ke penjara.
“Lebih-lebih selepas Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia dan Anwar Ibrahim di penjara maka tiadalah pimpinan yang dihormati dan disegani.“Masing-masing menunjukkan ego masing-masing. Perangai ini mesti dibuang jauh-jauh oleh pimpinan Pakatan Harapan yang ada sekarang. Jangan ulangi kesilapan lama,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu dibuat apabila wujud dakwaan yang tersebar dikalangan rakyat kononnya Pakatan Haprak yang baru dibentuk Sabtu lalu hanya mampu bertahan buat sementara waktu sahaja.
Selain itu, wakil dari parti "Periuk" pimpinan Si Mat Sabu tu juga turut membuat dakwaan kononnya PAS telah termakan 'Gula - Gula' UMNO sehingga menyebabkan Pakatan sebelum ini berpecah.
“Kita melihat pemimpin Pakatan harapan uga sudah matang dan berpengalaman untuk mendepani sepak terajah musuh politik mereka yang siang malam mencari jalan untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dahulu.“Mereka memainkan isu agama dan perkauman sehingga ada bekas parti komponen Pakatan Rakyat yang termakan gula-gula Umno/BN ini. Saya yakin semua serangan dan fitnah mampu ditangani oleh pimpinan yang berpengalaman ini. ini,” katanya.Demikian betapa busuknya sifat dengki dan iri hati yang dimiliki oleh puak - puak Pakatan Haprak tu terhadap PAS. Sampai ke hari ini, dendam kesumat mereka masih belum reda. Tapi apa boleh buat. Orang yang tak reti buat kerja ni memang pandai "Melalak" je kerjanya!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.