Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DAP tidak perlu dibenci tapi dilawan (Bhg 1)

.
DAP tidak perlu dibenci tapi dilawan (Bhg 1)
PANDANGAN

DAP mengakui kempen memburuk-buruk dan menakut-nakutkan parti itu dalam kalangan orang Melayu khususnya di luar bandar berjaya. Satu kajian bebas dilakukan di Selangor menunjukkan lebih 40% orang Melayu mengakui DAP sebagai anti Islam. Dapatan itu sudah pasti dibimbangi DAP dalam usaha menjadikan parti itu sebagai parti rakyat Malaysia.

Justeru, pimpinannya meminta agar perkembangan itu dipantau dan diatasi segera.

DAP tidak mudah menolak sesuatu yang negatif membabitkan partinya, tetapi mengambil sikap proaktif terhadap kritikan. Sikap ini berbeza dengan parti orang Melayu yang akan marah kalau ada kata-kata negatif terhadapnya walaupun untuk memperbetulkan kesilapan. Orang Melayu "menunjal" untuk menerima kritikan dan ini salah satu sifat memundurkan bangsa itu.

Tidak dinafikan, kempen memburuk-burukan DAP dan menakutkan orang Melayu dengan parti itu dijalan demikian rupa sejak kesekian lama, cuma ia berkembang dan menguncup mengikut musim. Ia bukan sahaja dilakukan oleh parti Umno atau agensi parti itu, tetapi oleh mereka yang percaya dengan provokasi kedudukan Melayu kian lemah waktu ini. Ini juga termasuk parti Pas dibawah pimpinan baharu.

Apa yang ditohmahkan ialah DAP sebagai parti Cina, menentang Islam, dan cuba merampas kuasa orang Melayu di negara ini. Tohmahan dan propagnda itu ditelan bulat-bulat sehinggakan kadang kala menampakkan kebodohan atas perbuatan itu. Mereka menerima propaganda itu tidak ubah ikan Sebarai yang menerkam bulu ayam yang dijadikan umpan untuk menangkapnya disangka anak ikan.

Lebih teruk lagi DAP ditabur dengan propangda buruk berbau fitnah seperti bersekongkol dengan Isreal untuk membina pengkalan tentera di Pulau Pinang dan sebagainya. Anihnya dakwaan-dakwaan itu tidak disertakan dengan bukti dan dalil jelas dan konkrit. Dakwaan yang direkayasa. Tindakan DAP menayaman pemfitnah itu sudah tentu memberi peluang kepada DAP untuk menunjukkan parti itu bersih dari tuduhan itu.

Di sini sekali lagi sikap orang Melayu yang suka kepada benda-benda tahayul mayul, merekayasa cerita mempengaruhi sikap dan pemikiran mereka. Sekiranya DAP berjaya dalam saman fitnah itu, ia akan menyaksikan kepada dunia betapa buruk dan huduhnya politik dari orang mengaku Islam yang membenci fitnah.

Secara umumnya wajar kalau orang Melayu menjaga kepentingannya dalam serba serbi termasuk kuasa politik. Menjadi tanggungjawab dan amanah orang Melayu mengekalkan kekuasaan di negara ini yang dipuasaki daripada orang terdahulu. Tetapi sebelum bersiap siaga ke arah itu, tindakan dan langkah yang diambil biarlah wajar dan tepat serta logik dan tidak digelak oleh dunia. Kalau hendak menyelamatkan diri dari sesuatu bahaya biarlah kita mengenali sejauh mana benar dan "sengoti" bahaya itu. Jangan bersikap melarikan diri dari bayangan (momokan) yang kita sendiri reka. Itu perbuatan tolol.

Persoalan pertama yang kena jawab dan diketahui ialah apakah DAP berpeluang untuk menguasai negara ini? Fakta dan kedudukan jumlah kerusi Dewan Rakyat pada masa ini boleh dijadikan ukuran munasabah atau tidak, dengan dakwaan itu. Tidak perlu orang Melayu bermain dengan ilusi sendiri sehingga ia diterkam phobia takut tidak menentu. Orang Melayu harus realistik dan bangun dari kefasikan bukan bertindak bodoh "kambal". Bodoh kamal ialah bodoh yang amat bodoh.

Mungkin ramai yang tidak tahu, atau buat-buat pandir bahawa kuasa untuk menjaga kekuasaan Melayu di negara ini dilakukan menerusi persempadanan kawasan pilihan raya. Tidak boleh dinafikan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam hal ini. Persempandan pilihan raya di negara dibentuk atas kepentingan politik Melayu? Siapalah yang dilantik menjadi anggota suruhanjaya berkenaan? Melayu atau Cina?

Berdasarkan hakikat ini kenapa orang Melayu harus takut tidak berhujung pangkal kepada DAP dan lebih teruk lagi termakan dengan olok-olok yang sengaja dipropangdakan itu. Realiti yang berlaku daripada 164 kerusi parlimen di Semenanjung (kini) sebanyak 113 didominasi oleh orang Melayu. Manakala hanya 22 kerusi sahaja didominasi oleh Cina. Sebanyak 29 kerusi lagi adalah kawasan campuran yang menjadi rebutan antara Cina, Melayu dan India.

Angka atau fakta itu menunjukkan jelas bahawa tidak ada jalan dan celah untuk orang Cina atau DAP menguasai politik di negara ini bersendirian. Katalah DAP mendapat sokongan dari semua kerusi di Sabah dan Sarawak berjumlah 58 kerusi dicampur dengan 29 kerusi campuran, DAP baharu memperolehi 109 kerusi dimana jumlah belum cukup untuk menguasai parlimen dan membentuk kerajaan menerusi majoriti mudah.

Itu hakikat yang perlu diketahui. Bermakna asal sahaja orang Melayu bersatu dan mempunyai understanding tinggi dalam politik orang Cina (DAP) tidak mungkin dapat membentuk kerajaan bersendirian. Jadi di sini tidak timbul orang Cina akan menguasai politik (angka) di Malaysia. Kebimbangan kepada DAP itu tidak berasas dan disengajakan sebagai modal politik pihak tertentu sahaja. Bersambung. [wm.kl.9:58 am 12/01/15]

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.