Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAS MULA BERSIHKAN "SAMPAH" DARI SERAMBI!!!

SEMUT HITAM
PAS MULA BERSIHKAN "SAMPAH" DARI SERAMBI!!!
Nampak gayanya, tindakan PAS sejak kebelakangan ni semakin bertambah ekstrem. Nak pulak terhadap puak - puak yang dianggap 'Pengkhianat' dari kalangan parti 'Periuk' pimpinan Si Mat Sabu tu.

Yang terbaru, Rejim PAS Kelantan mengambil tindakan drastik menyingkirkan beberapa penghulu yang didapati cenderung menyokong parti 'Periuk' tu atau terlibat secara langsung dengan program anjuran parti itu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan semua penghulu serta pemimpin akar umbi menyokong penuh kerajaan yang memerintah.
“Pelantikan jawatan penghulu ini dibuat atas asas politik, jadi dia kena bersama kerajaan negeri. Kalau kita dapati ada yang menentang kerajaan, sama ada perbuatan atau kata-kata, kita terpaksa ambil tindakan.“Sebelum ini memang sudah ada beberapa kes yang kita tidak lantik semula, sebaliknya kita ganti mereka dengan orang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Watikan Pelantikan Penghulu 2016, di sini hari ini.
Penyampaian watikah perlantikan baru kepada seramai 790 orang Penghulu itu telah disempurnakan sendiri oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam satu majlis.

Mohd. Amar yang juga Pengerusi Majlis Penghulu Kelantan bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar penghulu yang telah disingkirkan kerana menyokong parti 'Periuk'.

Dalam erti kata lainnya, tindakan PAS Kelantan ni lebih kurang macam orang mengemas rumah. Mana 'sampah' yang tak berguna dan menyemakkan mata, baik diorang buang. Nak pulak 'Periuk' buruk. Itu lebih elok dari terus buat semak dalam rumah!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.