Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAS TAKDE HAK BERI AMARAN KEPADA PKR!!!

SEMUT HITAM
PAS TAKDE HAK BERI AMARAN KEPADA PKR!!!
Langkah Pas Kelantan melarang kepimpinan Keadilan (PKR) hadir ke majlis anjuran Parti Amanah Negara (Amanah), di Kelantan dilihat sebagai satu tindakan undur ke belakang dan secara langsung parti itu seakan mahu jadi polis mengawal gerak geri politik PKR.

Tindakan itu juga sebagai tidak menghormati kepada kebebasan demokrasi yang sepatutnya dihirup oleh PKR. Pas tidak ada kuasa atau hak untuk menghalang atau marah jika ada pimpinan PKR menyertai program anjuran Amanah, kerana ia tidak ada dalam apa-apa perjanjian.

Hakikat yang perlu disedari bahawa PKR memang ada hubungan politik dengan Amanah, jadi apa-apa bentuk kerjasama di antara keduanya adalah halal.

Pernubuhan Pakatan Harapan disertai sama oleh Amanah bersama PKR dan DAP mengesahkan hubungan itu. Justeru terserah kepada parti itu untuk melangsungkan kerjasama dengan Amanah di Kelantan atau DAP di mana-mana negeri. Secara perundangan kerjasama itu tidak melanggar konsesnus Pakatan Harapan.

Kelantan bukan hak eksklusif Pas, yang memberi kuasa kepada Pas mengawal demi kepentingannya. Begitu juga PKR tidak pernah memberi kuasa kepada Pas untuk mengawal para pemimpinnya. 

Kalau pun Pas tidak ada hubungan dengan Amanah, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk Pas cegah pemimpin PKR berkerjasama dengan Amanah.

Sebelum melarang PKR, Pas sewajarnya juga perlu menyedari sejauh mana ia melayan dan menghormati PKR di Kelantan? Apakah Pas benar-benar ikhlas dan jujur kepada PKR? 

Apakah semua apa-apa yang diperuntukan (benefit) kepada PKR menerusi Pakatan Rakyat dipenuhi oleh Pas? Apa yang Pas lakukan kepada PKR semua orang sudah tahu. 

PKR hanya dijadikan rakan "hama" sahaja. Banyak hak-hak yang patut dinikmati oleh PKR sebagai rakan kongsi tidak dipenuhi Pas.  Nasib PKR dalam kerajaan Pas di Kelantan seperti melukut di hujung gantang.

Dalam pada itu apabila PKR sedia bekerjasama dengan Amanah mungkin mereka sudah dapat membaca mengenai masa depan politik di Kelantan. Bahawa sambutan rakyat kepada Amanah mungkin mengatasi sambutan kepada Pas. 

Adalah "bongok" bagi PKR kalau dia terus berpegang kepada kayu buruk? Dalam berpolitik, Pas sepatutnya lebih terbuka dan bersikap gentlemen. 

PKR selaku rakan Pas juga tidak pernah menghalang Pas daripada duduk semeja dan sepentas dengan pemimpin Umno. Nampak dalam hal ini pemimpin PKR lebih profersional. - MSO

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.