Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FOZIAH SEDIAKAN "TASKFORCE" TANGANI PERLOMBONG HARAM!!!

SEMUT HITAM
FOZIAH SEDIAKAN "TASKFORCE" TANGANI PERLOMBONG HARAM!!!
Semalam kecoh didalam laman media sosial mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Pahang mengenai kekangan pihak Kerajaan menangani perlombong bauksit haram ni.

Sejak dua tiga hari yang lepas, pihak media arus perdana juga turut melaporkan kewujudan pemilik tanah persendirian, terutama dikalangan peneroka Felda yang memajak tanah mereka sendiri.

Dek kerana tindakan itulah yang membuatkan pihak Kerajaan sukar untuk menjejaki siapa dalang disebalik perlombongan haram ni. Malah ada pemilik tanah tu sendiri pun tak kenal siapa dalangnya.

Dari laporan yang dibuat, mereka sendiri mengakui bahawa mereka telah didatangi oleh individu tertentu dengan tawaran yang cukup lumayan sebagai habuan. Tapi akhirnya mereka ditipu.

Secara tak lansung, pendedahan yang mereka buat itu membuktikan bahawa memang wujud pemilik tanah persendirian ini yang terlibat dalam perlombongan bauksit tu. Bukan salah pihak Kerajaan pun.

Tanah diorang sendiri. Yang diorang suka - suka hati nak pergi pajak kepada kontraktor yang diorang tak kenal siapa yang suruh? Bukan pihak Kerajaan pun yang suruh diorang buat kerja macam tu.

Dan ianya juga membuktikan bahawa pendedahan yang dibuat sebelum ini benar. Ada juga dikalangan penyokong puak - puak Pakatan Haprak tu yang terlibat memajak tanah milik mereka.

Tapi, yang itu tak nak pulak Si Foziah tu pertikai. Tak nak pulak dia persoalkan kenapa mereka yang memajak tanah milik persendirian tu boleh menjadi 'Terlalu Tamak' untuk mendapat habuan lumayan.

Memandangkan sekarang ni Si Foziah tu dah tampil sebagai "Hero Jadian", maka adalah sewajarnya bagi dia untuk menyelesaikan masalah mereka. Terutama pengundi dikawasan dia sendiri.

Takkan dia nak biarkan sahaja mereka ni menderita ditipu oleh kontraktor - kontraktor Haramjadah ni. Kata nak sangat jadi Hero. Jadi, dia kena la tunjuk tanggungjawab selaku wakil rakyat.

Paling tidak, Si Foziah tu perlu menyediakan satu 'Task Force' bagi menangkap perlombong - perlombong Haramjadah ni. Itu pun "KALAU" betul la Si Foziah tu betul - betul ambik berat. Kalau dia setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.