Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Viral VIDEO Timb. Menteri KPDNKK, Dato' Seri Ahmad Bashah TIDUR Semasa Sultan Kedah Bertitah

CELAH GELEGAR
Viral VIDEO Timb. Menteri KPDNKK, Dato' Seri Ahmad Bashah TIDUR Semasa Sultan Kedah Bertitah


Video YB Senator Dato' Seri Ahmad Bashah, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang dikatakan tidur semasa Sultan Kedah sedang bertitah telah menjadi viral di media sosial.

Didapati terdapat beberapa facebook penyokong UMNO yang kecewa dengan beliau telah memuat naik video tersebut.

Pada Julai 2015, tercetus ura-ura untuk menggugurkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Tempat beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri juga dikatakan bakal diambil alih oleh Timbalannya, Senator Datuk Ahmad Bashah Hanipah yang dikatakan sebagai pencetus 'pergolakan' UMNO Kedah.

Walau bagaimanapun, usaha menjatuhkan Mukhriz tidak berjaya kerana mendapat bantahan daripada akar umbi UMNO Kedah.

Namun, situasi itu telah mencetuskan suasana sedikit 'tidak harmoni' di antara penyokong kedua-dua pemimpin tersebut sehinggakan masing-masing saling tidak mempercayai antara satu sama lain.

Tidak dapat dipastikan apakah tujuan video tersebut disebarkan, bila majlis itu diadakan dan majlis apakah yang dihadiri oleh Ahmad. 



(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "//connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, 'script', 'facebook-jssdk'));

Ini Ahmad Bashah. Dia Timbalan Menteri KPDNKK. Dia suka tido ketika Sultan Kedah bertitah. Tapi gila nak jadi MB Kedah Jangan jadi macam Ahmad Bashah
Posted by Ratu Naga - Kelab LLLM Malaysia on Monday, January 18, 2016

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.