Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016] KSP: Tiada pemotongan gaji kakitangan awam

CELAH GELEGAR
[PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016] KSP: Tiada pemotongan gaji kakitangan awam

Pengubahsuaian Bajet 2016 yang berdasarkan iklim ekonomi semasa akan menyaksikan 'pengurangan' dalam perbelanjaan pengurusan dan penangguhan projek pembangunan yang bukan keutamaan, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
"Tiada pemotongan gaji bagi kakitangan awam. Kami mahu pastikan penyampaian perkhidmatan tidak terjejas. Jadi kami tidak akan berkompromi dalam penyampaian perkhidmatan," katanya merujuk kepada pengurangan yang dicadangkan dalam perbelanjaan pengurusan.
Mohd Irwan bercakap kepada pemberita selepas merasmikan fasa kedua pembinaan kolam renang dan asrama Sekolah Antarabangsa Labuan yang berharga RM23.8 juta di Labuan malam tadi.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari.
Mohd Irwan berkata bagi pengurusan pembangunan, projek-projek bukan keutamaan seperti pembelian atau pemindahan tanah boleh ditangguhkan.
Bagaimanapun, projek keutamaan seperti Mass Rapit Transit (MRT), projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura dan Lebuhraya Pan Borneo akan diteruskan seperti yang dirancang kerana ia merangsang pertumbuhan ekonomi dan memberi manfaat kepada rakyat dalam jangka panjang.
"Kami tidak akan mengurangkan walaupun satu sen (daripada peruntukan ini) dan projek ini akan diteruskan seperti yang dijadualkan.
"Bagi projek Lebuhraya Pan Borneo, kerajaan pusat telah berbincang dengan kerajaan negeri Sabah untuk memilih kontraktor Sabah yang berkebolehan dan berkelayakan untuk melaksanakan projek di sebelah Sabah dan kontraktor tempatan di Sarawak untuk membina bahagian di Sarawak," katanya dan menambah di Sabah lebuh raya itu dibina hingga ke Tawau.
"Ini akan membawa manfaat kepada Sabah dan Sarawak, dengan mewujudkan bandar baharu. Rakyat yang tinggal di sepanjang lebuh raya itu boleh memulakan perniagaan. Ia akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat. Ia akan merangsang pertumbuhan ekonomi di kedua-dua negeri," katanya.
Mohd Irwan berkata projek yang mempunyai kesan berganda tinggi kepada ekonomi tidak akan dihentikan kerana kerajaan sedang mengkaji propertumbuhan atau mengekalkan pertumbuhan untuk memastikan lebih banyak pendapatan dapat dijana.
Beliau tidak menolak kemungkinan projek yang disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) terjejas akibat pengubahsuaian bajet yang akan dilaksanakan itu.
"Jika harga minyak naik, ia adalah bonus. Jadi, apa sahaja yang kami unjurkan di bawah RMK11, kami mungkin memikirkan semula untuk dilaksanakan.
"Projek-projek mesra rakyat yang memberi sumbangan yang tinggi kepada kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat pasti akan diberi keutamaan untuk dilaksanakan," katanya.
"Bagaimanapun, jika harga minyak turun (lagi), kerajaan perlu 'berjimat' semula," katanya.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.