Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[PERLEKEH RAKYAT KEDAH] UMNO ‘biadap’ pada Menteri Besar rakyat Kedah

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[PERLEKEH RAKYAT KEDAH] UMNO ‘biadap’ pada Menteri Besar rakyat Kedah

PETALING JAYA: UMNO ‘biadap’ kerana menghalang Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT), semalam.

Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin mempertikaikan halangan itu kerana Mukhriz bukan sahaja layak menyertai mesyuarat itu selaku anggota lantikan, bahkan juga mewakili rakyat Kedah – negeri majoriti Melayu – selaku Menteri Besar.

“Secara peribadi, saya menganggap layanan UMNO kepada Menteri Besar Kedah hari ini (semalam) bersifat biadab.

“UMNO telah mengenepikan Menteri Besar Kedah yang cukup disayangi oleh rakyat Kedah dan berjuta-juta rakyat Malaysia,” katanya ketika dihubungi FMT.

Mukhriz ketika ini menghadapi ‘pemberontakan’ dalaman parti, yang mendesak Najib supaya mengugurkan anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.
Terdahulu, Najib mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan UMNO Kedah dan ‘pemberontak’. Najib kemudiannya menyerahkan tiga nama sebagai calon Menteri Besar menggantikan Mukhriz kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah, semalam.

“Yang sepatutnya dihalau dari bangunan UMNO tersebut adalah Najib Razak,” kata Anina yang menegaskan beliau sebagai punca UMNO hari ini goyah, dan “kerap menggunakan saluran tikus untuk menyelinap masuk dan keluar dari bangunan UMNO.”

“Saya ingin mengingatkan DS (Datuk Seri) Najib bahawa, apabila anda mengenepikan MB Kedah bermakna anda telah memperlekehkan jiwa rakyat Kedah.”

Semalam, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan Mukhriz dihalau, sebaliknya beliau datang tanpa dijemput. - FMT

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.