CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
PM umum pengubahsuaian Bajet 2016 tengah hari ini
Bersama MK2, Dato' Seri Husni, dan Tan Sri KSPDr Mohd Irwan Serigar Abdullah untuk persiapan terakhir ucapan Pengubahsuaian Semula#Bajet2016 - sumber : fb Najib Razak |
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata pengubahsuaian Bajet 2016 dibuat bagi membolehkan kerajaan mampu untuk menjana pertumbuhan ekonomi berpaksikan rakyat.
Perdana Menteri berkata, pengumuman berkenaannya yang akan dibuat pada jam 12 tengah hari ini, juga dilakukan bagi membolehkan kerajaan mengoptimumkan perbelanjaannya.
"Saya akan umumkan pengubahsuaian semula #Bajet2016 pada 12 tengah hari esok (hari ini).
Langkah ini diambil bagi membolehkan kerajaan mengoptimumkan perbelanjaan.
"Di kala unjuran pakar bahawa ekonomi global semakin mencabar, pengubahsuaian ini wajar supaya kita mampu terus menjana pertumbuhan ekonomi berpaksikan rakyat," katanya menerusi laman Facebook beliau.
Pengumuman itu juga akan disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen tempatan.
Pelbagai pihak khususnya pakar ekonomi menyokong keputusan kerajaan melaksana pengubahsuaian terhadap Bajet 2016 berikutan cabaran persekitaran ekonomi global ketika ini susulan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan kelemahan ringgit.
Penjimatan dalam perbelanjaan mengurus antara yang akan diberi penekanan dalam pengubahsuaian bajet kali ini, disamping penegasan baharu bagi mengoptimumkan perbelanjaan dan peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Bagaimanapun, pengurangan perbelanjaan yang berpaksikan kepentingan masyarakat luar bandar dan kesejahteraan rakyat dijangka tidak akan disentuh.
Malah, Najib sebelum ini juga memberi jaminan tidak akan ada pengumuman mengenai peningkatan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang kini ditetapkan enam peratus.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.