Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khairuddun Abu Hassan Buat Laporan Polis ke atas Peguam Negara

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Khairuddun Abu Hassan Buat Laporan Polis ke atas Peguam Negara

Melalui kenyataan di laman facebook Khairuddin Abu Hassan memaklumkan bahawa beliau telah membuat laporan Polis ke atas Peguam Negara susulan penjelasan isu RM2.6bilion.

Berikut kenyataan beliau:


LAPORAN POLIS KE ATAS PEGUAM NEGARA

Saya memohon pihak polis di raja malaysia untuk membuat satu penyiasatan ke atas peguam negara samada terdapat sebarang unsur-unsur salahguna kuasa, cuai jenayah, memutarbelit fakta dan mengganggu penjawat awam daripada menjalankan tugas-tugas mahupun siasatan mereka secara telus, bebas serta komprehensif.

Peguam negara harus memberi penerangan secara komprehensif kepada rakyat khususnya di dalam menzahirkan semua asas butiran siasatan yang telah dijalankan oleh pihak SPRM.

Tan sri apandi ali selaku peguam negara tidak boleh membuat kenyataan secara umum tanpa menghuraikan secara terperinci mengenai hasil siasatan laporan SPRM yang telah dihantar ke pejabat peguam negara.

Jawapan yang komprehensif dari peguam negara amat penting demi untuk menjaminkan keutuhan imej serta kredibiliti jabatan peguam negara pada pandangan rakyat secara menyeluruh khususnya di mana kita sedang menghadapi krisis keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan masakini.

Dalam masa yang sama; saya secara jujur serta ikhlas ingin menasihati peguam negara agar tidak mengambil ringan di dalam pengumuman isu kes siasatan wang derma rm2.6 billion dan sejumlah wang rm42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi najib tun razak.

Samada suka atau tidak kita harus tangani fan selesaikan kemelut ini secara professional dan meyakinkan semua pihak di tanahair yang tercinta ini.


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.