Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAFIZI KANTOI, BUKAN KASTAM KUTIP CUKAI BAHAN MINERAL!!!

SEMUT HITAM
RAFIZI KANTOI, BUKAN KASTAM KUTIP CUKAI BAHAN MINERAL!!!
Wah-wah!!! Bukan main lagi Si Rafizi tu berkokok mempertikaikan KONONnya Kerajaan tak kutip cukai hasil perlombongan Bauksit ni ye. Kalau sekali baca, memang hebat betul pendedahan dia.

Mungkin dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu, boleh la Si Rafizi tu nak tipu. Hakikatnya, rakyat Malaysia ni cukup bijak untuk dikelirukan dengan dakwaan yang dibuat oleh Si Rafizi tu.

Dalam kenyataan yang dibuat semalam, Si Rafizi tu mendakwa tiada duti eksport dikenakan ke atas hasil perlombongan Bauksit. Kiranya, kata dia, Kerajaan tak kutip pun cukai Bauksit ni.

Dakwaan Si Rafizi tu merujuk kepada semakan yang dibuat dilaman Kastam DiRaja Malaysia dimana ianya menunjukkan bahawa kadar Duti Eksport bagi Bauksit ini adalah "0 Peratus".

IRONIKnya, dalam kenyataan yang sama, Si Rafizi tu kata, pihak Kerajaan Negeri tak boleh nak kutip sebarang 'Royalti' atau kenakan Caj ke atas perlombongan bauksit sebab Kerajaan Pusat dah kutip.
"Ini kerana kerajaan Persekutuan telah mengenakan duti eksport yang separuhnya akan diagihkan kepada kerajaan negeri," katanya.
Herankan? Tadi dia kata pihak Kerajaan tak kutip cukai. Lepas tu dia kata Kerajaan Pusat dah kenakan separuh dari cukai duti eksport yang kemudiannya diagihkan kepada Kerajaan Negeri.

Yang mana satu betul ni? Ada ke tidak Kerajaan kutip cukai duti eksport untuk bahan mineral seperti Bauksit ni? ATAU, adakah Si Rafizi tu ingat duit kutipan cukai sebanyak RM 47 juta tu jatuh dari langit?

Realitinya, bukan Kastam yang kutip cukai Duti Eksport hasil bahan mineral seperti bauksit ni. Sebaliknya, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang kutip. 

Ianya disebabkan bahan mineral seperti bauksit ini adalah bahan mineral yang tidak diproses atau "Raw Material". Dan, permit (AP) untuk mengeksport bahan tersebut juga dikeluarkan oleh pihak NRE. Kot itu pun kalau Si Rafizi tu tak tau, jangan la nak tunjuk pandai pulak!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.