Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TABUNG HAJI: PAS RILEKS, DAPigs PULAK MEROYAN!!!

SEMUT HITAM
TABUNG HAJI: PAS RILEKS, DAPigs PULAK MEROYAN!!!
Heh! Nampak sangat jauh bezanya pandangan diantara dua buah parti yang satu ketika dulu duduk dalam Pakatan yang sama. Pertentangan diantara mereka nampaknya semakin ketara.

Jika dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui laman portal rasmi puak - puak DAPigs tu hari ini, salah seorang wakil parti itu lantang mendesak agar satu audit menyeluruh dijalankan.

Ianya berikutan kontroversi hangat berkaitan dengan isu yang membabitkan Lembaga Tabung Haji. Maka sebab itu DAPigs tampil nak tunjuk "Hero" dengan membuat desakan sedemikian.

Walaupun isu itu sebelum ini dibangkitkan oleh pemimpin PAS, namun tindakan puak - puak DAPigs tu cuba nak masuk campur dalam isu tersebut hanya dianggap 'Wayang' semata - mata.

Mana tidaknya. Jika benar puak - puak DAPigs tu 'Telus', kenapa diorang tak buat audit menyeluruh bagi menyelesaikan isu dakwaan mengenai Dana Israel yang dibangkitkan sebelum ini?

Kenapa bila isu itu dibangkitkan semula oleh pemimpin PAS, DAPigs hanya sekadar menafikan dakwaan tersebut begitu sahaja? Kenapa sampai hari ini DAPigs tak ambik tindakan?

Kalau sebelum ini, bukan main hebat lagi puak - puak DAPigs tu menyalak kononnya mereka nak ambik tindakan terhadap pihak yang membangkitkan isu tersebut. Tapi kenapa sekarang diam?

Dalam masa yang sama, PAS melalui satu kenyataan yang disiarkan hari ini tampil menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan penjelasan yang telah diberikan oleh pihak Lembaga Tabung Haji.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS, katanya, amat yakin dengan kemantapan sistem Tadbir Urus yang baik yang telah diamalkan oleh Tabung Haji selama ini.

Malah PAS juga beranggapan ianya bukan sahaja selaras dengan Pematuhan Syariah, tetapi juga mementingkan manfaat dan menjana pulangan pendapatan yang baik kepada pendeposit.
"Tabung Haji bukanlah sebuah bank dan diyakini tidak beroperasi sebagai Institusi Kewangan yang lebih berorentasikan keuntungan maksima berbanding dengan pulangan kepada pendeposit," jelas kenyataan tersebut.
Oleh yang demikian, PAS mengharapkan agar Tabung Haji terus komited dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan terutama bagi memastikan hasrat mereka untuk menunaikan fardhu Haji tidak terhalang.

Kesimpulannya, tindakan puak - puak DAPigs tu mempertikaikan mengenai isu Tabung Haji itu jelas satu langkah 'Terdesak' untuk menunjukkan seolah - olah diorang ambik berat tentang orang Melayu. Walhal, itu semua 'Wayang' DAPigs belaka!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.