Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[TERKINI HARI INI] Najib lawat Haji Hadi di IJN, doakan kesihatannya

CELAH GELEGAR
[TERKINI HARI INI] Najib lawat Haji Hadi di IJN, doakan kesihatannya

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini melawat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN).
Najib berkata beliau mengambil kesempatan untuk bertemu dengan Abdul Hadi selepas menziarahi mantan pegawai penerangannya, Datuk Nasir Safar yang juga dimasukkan di hospital.
“Saya dimaklumkan ketika berada di IJN bahawa Datuk Seri Haji Hadi Awang juga sedang dirawat di situ, dan turut menziarahi beliau.
“Saya doakan semoga beliau dikurniakan sebaik-baik kesihatan oleh Allah SWT," katanya dalam Facebook.
Sebelum itu, Najib berada di Hospital Kuala Lumpur yang terletak berhampiran dari IJN untuk pemeriksaan.
Perdana Menteri minggu lalu menjalani pembedahan kecil untuk membuang sejenis ketumbuhan di tangan kanannya.
Pada bulan Jun 2014, Najib juga meluangkan masa untuk melawat Hadi di IJN selepas beliau pulang dari Turki.
Hadi sebelum ini, dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul, Turki selama sebulan kerana mempunyai masalah jantung.
Najib kemudian mendedahkan di Twitter bahawa beliau telah mengarahkan Kedutaan Malaysia di Turki untuk memberi bantuan yang sewajarnya kepada Hadi. - MK

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.