Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[JUAL AIR LIUR] Saiful Nang PERLI Kursus Azizan Osman?

CELAH GELEGAR
[JUAL AIR LIUR] Saiful Nang PERLI Kursus Azizan Osman?

Suatu ketika dahulu Saiful Nang dikecam kerana berani mengeluarkan kenyataan bahawa di Mekah ada pelacuran. Kenyataan itu dikeluarkan susulan kota suci Mekah itu dilanda beberapa tragedi tragis seperti rempuhan di Mina dan insiden kren tumbang yang mengorbankan ratusan jemaah.

Siapa Saiful Nang? Hebat sangat ke?

Saiful Nang merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal serta mempunyai pengaruh cukup besar dalam kalangan jurugambar-jurugambar di Malaysia. Beliau juga pernah dianugerahkan oleh Mediacorp Asia sebagai salah seorang jurugambar terbaik Asia, serta disenaraikan oleh Dewan Ekonomi sebagai 20 usahawan berjaya dan paling kreatif di Malaysia.

Malahan beliau terus mengukir satu demi satu kejayaan apabila tersenarai dalam TOP 10 MALAYSIAN, sebaris dengan individu-individu yang merupakan nama besar dalam Malaysia termasuk Datuk Lee Chong Wei, Tan Sri Anthony Fernandes dan Datuk Misbun Sidek.

Kejayaan beliau mula terukir apabila berjaya membawa jenama Candid Syndrome ke persada dunia. Jenama Candidsyndrome kini bukan lagi nama biasa di negara seperti Indonesia, Brunei, Sweden dan juga Singapura.

Selain daripada mengetuai jenama Candid Syndrome, beliau juga membangun akademi fotografi sendiri, yang diberi nama SNAP (Saiful Nang Academy of Photography) dan telah melatih lebih 30,000 jurugambar di Malaysia

Kini beliau mula mengadakan talk yang dikenali sebagai The Founder.

Kata beliau "ramai orang Utara dan Johor yang dtg talk THE FOUNDER 2.0 anjuran Carl Samsudin founder of Bella Ammara."

"Slot saya 45 minit dah jadi 1 jam tapi ramai mesej kata tak cukup."

Lalu beliau telah menawarkan untuk memberi talk dengan kos yang minima jika ada orang sanggup untuk menaja peralatan dan bayaran dewan.

"Oklah, di utara dan selatan ada sesiapa yang nak jadi penaja berikut
1. Dewan seminar (yang tidak bergema)
2. PA system dan AV

Yang itu penyebab kos yang besar dalam penganjuran talk. Jika ada yang sudi menaja dewan kapasiti antara 500-1000 orang insyaAllah saya dan saudara carl Samsudin boleh panjat ke Utara untuk sharing dan kos tiket akan berkurang."

"Talk saya bukan ada trick apa-apa. Tak ada kelas advance yang kena bayar lagi setiap step. "

"Lepas talk, yang ada cuma NETWORKING BUSINESS BERJEMAAH."
"Maka kalau buat business sharing bagaimana memulakan dan mengembangkan perniagaan tanpa hutang dan tanpa modal besar di bahagian Utara Semenanjung, Ada yang minat nak mai tak? Juga sesuai bagi orang yang bekerja tapi duit tak cukup-cukup." kata Saiful Nang

Sungguhpun, beliau tidak menyebut nama Azizan Osman, namun ramai daripada kita mengetahui kaedah kursus yang dianjurkan oleh Azizan iaitu bermula dengan talk berharga RM50, kemudian bayar beberapa ratus ringgit untuk level seterusnya dan bayar puluh ribu ringgit untuk ke level yang lebih tinggi.

Diharap Saiful Nang teruskan memberi talk secara jujur dan mengutamakan keuntungan di akhirat. 


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.