Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(Ada Siapa Berani?) TMJ cabar debat terbuka

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
(Ada Siapa Berani?) TMJ cabar debat terbuka

JOHOR BAHRU: Pemilik Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar mana-mana individu, organisasi atau penyokong untuk berdebat dengan beliau secara langsung di televisyen berhubung sebarang isu berkaitan bola sepak negara.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini, beliau mencabar individu yang tidak berpuas hati dengan apa sahaja kenyataannya mengenai bola sepak untuk berdepan dan berdebat secara terbuka.

"Kepada individu yang tidak puas hati dengan apa sahaja kenyataan saya mengenai bola sepak, saya cabar anda atau mana-mana penyokong, organisasi atau individu berkaitan bola sepak agar berdepan dengan saya dan berdebat secara terbuka menerusi siaran televisyen mengenai polisi, projek, rasuah dan apa sahaja isu mengenai bola sepak dan di situ anda boleh membuktikan bahawa saya salah.

"Berada dalam penafian tidak akan meletakkan anda di mana-mana dalam kehidupan. Beberapa pegawai dan peminat bola sepak Malaysia menafikan hakikat itu, tetapi seluruh dunia mengenali potensi saya, wawasan dan pencapaian," katanya dalam kenyataan itu.

Tunku Ismail turut mengingatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kelab negeri, media, laman sosial dan penyokong untuk mengubah mentaliti demi kemajuan bola sepak negara.

"Bola sepak negara semakin mundur bukan hanya kerana rasuah, tetapi juga kerana mentaliti yang lebih tertumpu kepada perkara kecil daripada gambaran yang lebih besar untuk bergerak ke hadapan.

"Kepada segelintir penyokong bola sepak Malaysia, kelab, media, laman media sosial, saya juga salahkan anda terhadap kemunduran bola sepak negara.

"Kepada beberapa organisasi bola sepak Malaysia dan penyokong, tegakkan apa yang betul, berdiri dengan kebenaran, perangi rasuah dan jangan menjadi seperti ular tanpa prinsip," katanya.

Tunku Ismail turut menggesa pasukan yang terbabit dalam isu tidak membayar gaji pemain menyelesaikan segera perkara itu.

"Mereka semua (pemain bola) manusia, bukan ternakan.

"Bagi Tan Sri Anuar Musa, saya percaya bahawa anda adalah seorang ahli politik yang berpengalaman dan sudah tentu anda tahu apa perkara yang betul untuk dilakukan.

"Bagi Datuk Affendi, Datuk Mokhtar, Datuk Rozabil, Datuk Hamidin dan semua ahli Exco FAM, ambil perhatian kepada apa yang saya katakan. Saya memerhatikan anda," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.