Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[AHLI UMNO MULA BOIKOT] Taklimat Isu Semasa oleh Datuk Alwi ADUN Kok Lanas di Kubang Pasu semalam DIBOIKOT

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[AHLI UMNO MULA BOIKOT] Taklimat Isu Semasa oleh Datuk Alwi ADUN Kok Lanas di Kubang Pasu semalam DIBOIKOT

Facebook Medan Tempur Kedah telah memuat naik gambar satu program UMNO yang sebahagian besar kelihatan banyak kerusi-kerusi kosong. Hanya sebahagian kecil sahaja penyokong UMNO yang hadir.

Ekoran daripada itu, tersebar di media sosial bahawa ahli UMNO Kedah sudah mula memboikot program-program UMNO secara senyap.

Timbul persoalan, adakah tindakan memboikot program UMNO ini akan berterusan sehingga PRU-14 pada tahun 2018. Jika suasana ini berterusan, sudah pasti pihak pembangkang akan melalui jalan mudah untuk menjadi Menteri Besar dan memerintah semula Kedah.

Program yang diadakan di Kubang Pasu jam 3.00 petang semalam dinamakan Taklimat Isu Isu Semasa Bersama YB. Datuk Hj Md Alwi Che Ahmad.

Dipercayai peranan Alwi semakin besar dalam program penerangan UMNO ekoran pelantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia menggantikan Ahmad Maslan yang diturunkan pangkat kepada Ketua Biro IT. 

Kedua-dua mereka merupakan pemimpin UMNO Kelantan yang hidup segan mati tak mau. Rumah sendiri berselerak, hendak ajar 5S di rumah orang.



0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.