Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[Amaran Bodoh, Kristian Majoriti di Sarawak] Amaran Adenan, Hudud dilaksana Jika Undi Pas

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[Amaran Bodoh, Kristian Majoriti di Sarawak] Amaran Adenan, Hudud dilaksana Jika Undi Pas

Ketua Menteri Sarawak sepatutnya sedar setiap kenyataan dikeluar, atas apa tujuan sekalipun, lebih-lebih lagi PRN sudah semakin hampir, memburuk Islam dengan mengatakan ideologi bawaan PAS (hukum hudud) sebagai sesuatu tidak realistik adalah kenyataan tidak bijak.

- Tn. Hj, Jofri Junior Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak





Kenyataan Adenan tidak berpijak di bumi nyata: PAS

KUCHING: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri menyifatkan kenyataan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang mahu rakyat Sarawak menolak PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) depan sebagai kenyataan tidak berpijak di bumi nyata.
Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Jofri Jaraiee, Adenan tidak boleh mengeluar kenyataan berbaur hasutan seolah-olah memburuk agama Islam di mata rakyat bukan beragama Islam di negeri ini semata-mata memancing undian.

“Beliau (Adenan) sepatutnya sedar setiap kenyataan dikeluar, atas apa tujuan sekalipun, lebih-lebih lagi PRN sudah semakin hampir, memburuk Islam dengan mengatakan ideologi bawaan PAS (hukum hudud) sebagai sesuatu tidak realistik adalah kenyataan tidak bijak.

“Sebaiknya beliau diam daripada mengeluar kenyataan menyentuh soal hukum syariah termasuk pelaksanaan hudud kerana takut ia boleh menjejaskan akidah sekiranya bertentangan daripada ajaran agama kita,” katanya kepada pemberita, semalam.

Jelasnya, pelaksanaan hukum hudud tidak boleh dipersoalkan dan dijadikan sebagai agenda politik kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mencermin pelaksanaan hukum hudud sebagai ideologi tunggal yang diperjuang PAS sekiranya berjaya mentadbir sesebuah negeri.

Malah menurutnya, semua orang tahu masyarakat Islam di Sarawak golongan minoriti dan PAS juga tidak meletak calon bertanding di semua kerusi DUN pada PRN kelak.

“Bagaimana PAS mahu melaksana hukum hudud di Sarawak sekiranya PAS belum ada kuasa memerintah negeri ini?

“Jika ditakdir PAS menang semua 11 kerusi yang dipertanding sekalipun, PAS tetap tidak mampu melaksana hukum Tuhan tersebut, mengambil kira banyak faktor ketidaksesuaian lain,” katanya lagi.

Beliau turut melahirkan saranan agar Mufti Negeri memberi teguran dan nasihat kepada Adenan supaya tidak mengeluar kenyataan seumpama itu kerana sebagai umat Islam, sudah menjadi tanggungjawab menceritakan kebaikan agama supaya ia dipandang mulia masyarakat bukan beragama Islam.

Menyentuh mengenai persiapan menjelang PRN, katanya, PAS bersedia sepenuhnya dan bertanding mengikut kemampuan seadanya.

“Mungkin ada beranggapan dan mempersenda PAS umpama bermimpi di siang hari tetapi PAS yakin apabila kita membantu agama Allah, pasti Allah membantu kita mencapai hajat,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, PAS bukan semata-mata parti politik tetapi badan dakwah serta tarbiyah mendidik umat Islam agar kembali ke jalan diredhai Allah.

“Tujuan PAS ke Sarawak bukan semata-mata untuk bertanding mendapatkan kuasa memerintah tetapi lebih kepada mengajak manusia ke arah kebaikan.

“Kita sentiasa turun padang memberi sumbangan dan kebajikan kepada semua golongan masyarakat memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya lagi.

Tambahnya, kewujudan PAS adalah sebagai ‘check and balance’ kepada pemerintah masa kini agar setiap pelaksanaan pemerintahan dapat dilakukan dengan amanah, jujur dan adil kepada semua.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.