Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wahai Muhyiddin: Berpencak di media TIDAK CUKUP, gerakkan Program JELAJAH TEKAN NAJIB -Shahbudin

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Wahai Muhyiddin: Berpencak di media TIDAK CUKUP, gerakkan Program JELAJAH TEKAN NAJIB -Shahbudin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh lagi hanya ‘berpencak di media, sebaliknya mula menyertai ‘kumpulan-kumpulan’ lain untuk bersama-sama menekan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata penulis Shabuddin Hussin.

Beliau berkata, selepas Umno menggantung kedudukannya sebagai Timbalan Presiden, tindakan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan tidak lagi memadai.

“Bersama pelbagai kelompok lain yang mempunyai kebimbangan yang sama seperti parti pembangkang, NGO dan tokoh seperti Tun Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal.

“Beliau sewajarnya sudah menggerakkan program jelajahnya mulai sekarang untuk terus menekan dan mengasak Najib tanpa henti.

Apatah lagi Rafizi Ramli sudah pun menghulurkan salam persahabatan kepadanya…Anwar Ibrahim juga menyebut perkara sama,” katanya dalam tulisan terbaru di blognya,shahbudindotcom.blogspot.my.

Dalam kenyataan media terbaru Muhyiddin hari ini, beliau antara lain menyebut perlunya reformasi menyeluruh bagi mengehadkan kuasa Perdana Menteri dan mengembalikan kebebasan institusi negara.

Malah bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata negara sedang “menyaksikan keruntuhan institusi demokrasi dan kemunculan diktator baharu”.

Namun, kata Shahbudin lagi, kenyataan demi kenyataan tersebut sedikit pun tidak menjejaskan Najib.

“Jika jasad tetap terkepung dalam bilik berpenghawa dingin, Najib akan terus tersenyum meski pun dicop sebagai diktator atau melakukan jenayah.

“Muhyiddin, mulakanlah sekarang dan berhentilah sekadar berpencak di pentas media sahaja,” katanya lagi. -FMT

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.