Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AZMIN DI-'AZAN'-KAN OLEH KARTEL WAN AZIZAH!!!

SEMUT HITAM
AZMIN DI-'AZAN'-KAN OLEH KARTEL WAN AZIZAH!!!
Hehehe!!! Kesian betul tengok nasib Si Azmin ni. Semakin hari semakin LUNYAI dia jadi bahan kutukan dan sumpah seranah pemimpin - pemimpin serta penyokong parti dia sendiri.

Yang peliknya, Si Azmin tu menerima kritikan tersebut kerana dia keluarkan kenyataan menyokong dua orang ADUN parti atas dasar (kononnya) memperjuangkan Hak Kebebasan Bersuara.

Tapi kenapa pulak pemimpin - pemimpin PKR tu dilihat secara bergilir - gilir menghentam kenyataan Si Menteri Besar Selangor tu secara terang - terangan melalui laman - laman media?

Sebelum ini seorang Bekas Ahli Parlimen PKR mempersoalkan tindakan Azmin dan juga Guan Eng yang menyuarakan pandangan mereka secara terbuka sehingga timbul pelbagai persepsi.

Kali ini giliran salah seorang penyokong kuat Si Wan Azizah pulak tampil dan mempertikaikan tindak tanduk yang telah dibuat oleh Azmin selaku Timbalan Presiden PKR.

Katanya, isu yang dipertikaikan sekarang bukan soal Si Azmin tu GAGAL sebagai Menteri Besar. Tetapi fokus utamanya ialah mengenai ke-GAGAL-an Si Azmin tu sebagai 'Wakil PKR'.
"Asas kepada mana-mana pengurusan parti adalah pendekatan konsultatif sebelum pergi ke peringkat seterusnya. Pada saya, langkah konsultatif tidak berlaku sehingga kini. 
"Untuk mengelakkan tanggapan peribadi dalam menguruskan masalah, maka kena panggil Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk bincang dan cari cadangan penyelesaian dalam satu forum yang betul," tegasnya.
Apa yang IRONIKnya, kenyataan pemimpin - pemimpin PKR yang jelas membantah tindakan Si Azmin tu pun dibuat secara terbuka, sama seperti 'Kata Dulang Paku Serpih' juga.

Diorang pertikai kenapa Si Menteri Besar Selangor tu tak guna platform Majlis Presiden untuk menyuarakan pandangan, sedangkan diorang dok layan jugak pertanyaan dari pihak media.

Tak ke itu MUNAFIK namanya? Kan tindakan diorang tu juga bertentangan dengan pertikaian yang dibangkitkan? Dan kenapa pulak diorang beria - ia sangat nak pertahankan DAPigs?

Walhal isu ni timbul pun disebabkan sifat 'Sombong' dan 'Angkuh' Guan Eng yang dilihat mahu dianggap sebagai 'Abang Besar' dalam Pakatan. Sepatutnya, Si Guan Eng tu yang dipersalahkan.

Kesimpulannya, kenyataan - kenyataan pimpinan PKR ni yang berterus - terusan menyalahkan Azmin membuktikan bahawa mereka lebih rela 'Tunduk' dan 'Patuh' kepada tindakan DAPigs dari nak menyokong parti mereka sendiri!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.