SEMUT HITAM
BALING MICROFON, HARGA GETAH TAK NAIK JUGAK!!!
Hahaha!!! Memang lawak betul baca artikel yang disiarkan oleh blogger PKR ni. Selamba badak dia je kutuk tindakan Si Mat Sabu tu baling mikrofon ke dinding. Sampai hati sungguh.
Selain mendakwa tindakan Presiden parti 'Kuali' tu tidak membantu kenaikkan harga getah atau memulihkan nilai ringgit, blogger PKR tu juga melabelkannya sebagai 'Revolusi Microfon'.
"Tindakan Mat Sabu yang kini menerima nama jolokan baru Mike Sabu itu tidak pula mengujakan sebaliknya menjadi bahan lawak jenaka dan bidasan keras apabila rakaman video kejadian itu diviralkan di media sosial."Itulah Mat Sabu dari dulu sampai sekarang masih dengan Gimik dan Retorik Politik Murahan."Kita lupakan cerita Mike Sabu itu seketika kerana setakat baling mikrofon kedinding tak membantu pun kenaikan harga getah atau memulihkan nilai ringgit," sindir blogger tersebut.
Selain itu, artikel yang disiarkan oleh blogger PKR tu juga lebih menjurus kepada pertikaian mengenai kedudukan Si Ketua Penipu tu dalam arus Politik semasa. Masih relevan lagi ke dia?
Diawal mukadimah, blogger PKR tu sendiri mengakui bahawa Si Ketua Penipu tu 'Merengkuk' dalam penjara adalah disebabkan kesalahan meliwat Bekas Pembantu Peribadinya.
"Kesian dan simpati kepada rakyat Malaysia kerana kita masih dimomok dengan keagungan dan kehebatan luar biasa Anwar sedangkan hakikatnya aura beliau semakin pudar dan luntur. Karier politiknya sudah sampai di penghujung."Tidak sedarkah mereka yang zaman kegemilangan Anwar sudah berlalu dan namanya semakin tidak relevan terutama dalam kalangan anak-anak muda. Rasanya sudah cukup untuk menjaja nama Anwar untuk tagih simpati dan sokongan rakyat."Tolonglah beri harapan baru dan semangat baru kepada rakyat untuk meneruskan hidup di zaman penuh kegilaan ini. Adakah pembangkang tiada calon lain yang boleh diangkat?Kalau nak juga jaja nama Anwar, angkat sajalah Nurul Izzah sebagai calon Perdana Menteri. Bagaimana pula dengan Rafizi Ramli? Beliau anak didik kesayangan Anwar dan pemilik idea Langkah Kajang yang berakhirnya dengan Pakatan Rakyat kecundang. Tak layakkah Rafizi menjadi calon Perdana Menteri?Dan bagaimana pula dengan Azmin yang kini dianggap paling berkuasa dalam PKR sebagai calon Perdana Menteri?Maka jelas bahawa Si Ketua Penipu tu bukan sahaja TIDAK LAYAK untuk menjadi Perdana Menteri. Tapi sebaliknya, puak - puak Pakatan Haprak tu dah ketandusan pemimpin dikalangan mereka sendiri. Maka sebab itulah PELIWAT jugak yang nak dijadikan PM!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.