Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[NOH OMAR UGUT, TPM CABAR] Timb. Perdana Menteri CABAR RAKYAT buat kerja Cuci longkang, kutip buah, bina bangunan

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[NOH OMAR UGUT, TPM CABAR] Timb. Perdana Menteri CABAR RAKYAT buat kerja Cuci longkang, kutip buah, bina bangunan


SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar golongan belia seluruh negara menyertai sektor-sektor yang diceburi pekerja asing di Malaysia.

Menurutnya, ekonomi negara harus dibangunkan dan untuk tujuan itu, setiap sektor memerlukan tenaga kerja mahir dan separa mahir.

"Kita mahu secara idealnya semua bidang pekerjaan daripada atas hingga paling bawah termasuk 3D (Dirty, Difficult dan Dangerous) (diberikan) kepada rakyat Malaysia.

"Tetapi berapa ramai yang sanggup? Berapa ramai yang sanggup menjadi tukang masak di restoran mamak, buat perabot?" katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Selangor, di sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan telah menerima aduan dari kilang-kilang yang menyatakan bahawa ramai pekerja dari kalangan rakyat Malaysia yang lari selepas bekerja hanya sebulan.

"Mereka (majikan) tidak ada pilihan sama ada tutup kilang atau ambil pekerja asing. Yang membawa pekerja-pekerja ini bukan kerajaan tetapi majikan-majikan, kilang-kilang, syarikat-syarikat.

"Saya bukan mahu mencabar persatuan-persatuan tetapi saya mahu mencabar belia-belia, ceburi apa sahaja bidang yang selama ini disertai pekerja-pekerja asing. Ambil alih semua kerja-kerja itu dan kita tolak pekerja asing. Setuju?

"Cuci longkang, kutip buah, bina bangunan...setuju?," tanyanya yang disambut sorakan oleh hadirin.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencadangkan kepada Ahmad Zahid agar memulangkan semua pekerja asing di negara ini kembali ke negara masing-masing.

"Susah-susah sangat, saya nak cadang agar (pekerja asing) yang ada dalam Malaysia ini pun hantar balik. Yang 1.5 juta nak masuk pun jangan bagi masuk. Setuju?

"Kita nak tengok, puak-puak yang pandai cakap ini..persatuan kilang-kilang Malaysia, persatuan majikan-majikan Malaysia...daftar dengan mereka. Biar mereka cari pekerja.

"Jangan sampai esok tak ada pekerja pula...sampai tutup kilang, ladang-ladang tutup. Jangan pening-pening kepala Datuk Seri Ahmad Zahid. Kita lihat bagaimana mereka yang membangkang ini menjana ekonomi," katanya.

Dalam ucapan sama, Noh Omar merayu kepada kerajaan agar mengutamakan anak-anak tempatan dalam pelbagai bidang dan peluang yang ada di negara ini.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.